web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nisfu Syaaban Dan Kemaafan

Minggu lalu kami ada bercerita tentang keistimewaan beribadat pada bulan Syaaban. Isnin nanti kita bakal 'dikunjungi' Nisfu Syaaban. Apakah pentingnya hari ini? Teruskan membaca.

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 6:09PM

Gambar: Rodnae Productions, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda bahawa amal kita diangkat naik dan dibentang kepada Allah SWT harian, mingguan dan tahunan. 

Untuk mingguan, setiap hari Isnin dan Khamis. Untuk tahunan pula pada bulan Syaaban. 

Berikut adalah hadisnya:

Daripada Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ذَانِكَ يَوْمَانِ تُعْرَضُ فِيهِمَا الْأَعْمَالُ عَلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Dua hari tersebut akan dibentangkan amalan-amalan kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku lebih suka jika amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Nasa’ie (2358)]

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hadis ini tidak menafikan sabda Nabi SAW bahawa diangkat amalan malam sebelum amalan siang dan diangkat amalan siang sebelum amalan malam. 

Ia bagi membezakan antara diangkat dan juga dibentangkan. Ini kerana amalan-amalan yang dihimpunkan selama seminggu akan dibentangkan pada dua hari ini (Isnin dan Khamis).

Kata Ibn Hajar pula, tidak dinafikan bahawa diangkatnya amalan pada bulan Syaaban adalah berdasarkan hadith Nabi SAW, sesungguhnya ia (bulan Syaaban) adalah bulan yang diangkat padanya amalan dan aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa, bagi menunjukkan amalan itu terangkat iaitu amalan mingguan berbentuk terperinci dan manakala amalan tahunan pula berbentuk umum. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 375/3]

Nah, berhubung dengan ini, ada juga hadis tentang pengampunan Allah pada malam nisfu Syaaban atau malam pertengahan bulan Syaaban (15 Syaaban).

Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Allah SWT melihat makhlukNya pada malam nisfu Syaaban kemudian mengampunkan semua makhlukNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ يَغْفِرُ اللهُ لِعِبَادِهِ إِلَّا لمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

Maksudnya: “Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hambaNya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Majma’ al-Zawaid, 8:68] Imam al-Sakhawi menyatakan bahawa perawi-perawinya tidak ada dipertikaikan. [Lihat: al-Ajwibah al-Mardhiyyah, 1:325]

 

Apa kaitan semua ini?

Tidakkah pembaca merasakan betapa indahnya bulan Syaaban, bulan di mana Allah memberi pengampunan kepada hamba-hambaNya dan pada bulan yang sama menerima amalan tahunan hamba-hambaNya. 

Tetapi perlu dingatkan ada dua golongan yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT pada malam Nisfu Syaaban iaitu mereka yang syirik dan mereka yang bermusuhan. 

InshaAllah tidak ada antara kita tergolong dalam golongan mereka yang menyekutukan Allah dan syirik, tetapi bermusuhan, menyimpan rasa dengki atau tidak memaafkan orang, itu adalah hal-hal yang pasti pernah kita lakukan.

Memaafkan bukanlah perkara mudah. Meminta maaf juga tidak. 

Tetapi sedarkah kalian bahawa yang menasihati kita untuk memaafkan adalah Rasulullah SAW. Tidak ada kesakitan yang tidak dilalui oleh baginda. 

Kita disyorkan untuk memaafkan sesiapa yang telah ‘melukai’ kita, tanpa mengira pedihnya bagaimana. Menyimpan rasa benci, marah dan hasat di dalam hati hanya akan menambah beban jiwa. Sudahlah begitu, tidak mendapat pengampunan Allah SWT pula. 

Antara soalan yang sering ditanya kepada agamawan adalah, “Adakah kita perlu bersahabat atau berbaik-baik dengan orang yang telah melukai kita?.

Dan jawapan hampir kesemuanya adalah, `Tidak'. Cukuplah dengan meminta maaf atau memaafkan. Jika diberi salam, jawablah dan begitu sebaliknya. 


Adakah ada amalan khas untuk Nisfu Syaaban?

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidak ada. 

Tetapi tahun ini, Nisfu Syaaban jatuh pada hari Isnin, 29 Mac. Bermakna kita boleh niat puasa sunat hari Isnin, serta puasa Ayaamul Bidh (Hari Putih) jika mahu mengaut pahala berganda. 

Di sini juga kami berkongsi Penghulu Istighfar (Sayyid Al Istighfar) untuk anda baca bila-bila masa, sebaik-baiknya selepas solat Subuh atau Asar. Pohonlah keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, di samping meminta maaf sesama manusia. 

Daripada Syaddad bin Aus RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: “Sayyid al-Istighfar hendaklah kamu mengucapkan: Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku di atas perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Ini kerana, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau”. [Riwayat al-Bukhari (6306)]

- Getaran, 26 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 4 jam yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

oleh Rahayu MN