Berita Terkini

2 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 2 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 2 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 2 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Puasa Dan Bulan Syaaban

Benar, Syaaban bukan bulan Haram seperti Rejab dan juga bukan bulan yang dinanti-nantikan seperti Ramadan, tapi masih ada ganjaran khas untuk orang yang berpuasa di bulan ini.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 3:57PM

Gambar: Ahmed Aqtai, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syaaban sering dikatakan bulan yang dilupakan. Selepas beribadat untuk meraih ganjaran bulan Rejab, salah satu daripada empat bulan Haram menurut calendar Islam, ada yang mahu ‘berehat sejenak’ pada bulan Syaaban sebelum all out pada bulan Ramadan.

Kepada mereka yang perlu menggantikan puasa, Syaaban sering menjadi bulan ganti puasa untuk tempoh terakhir. Kadang kala terbabas sehingga beberapa hari sebelum Ramadan!

Tetapi tahukah pembaca bahawa sebenarnya Syaaban adalah bulan yang digalakkan untuk beribadat juga, terutama puasa sunat dan mengaji?

Seperti Rejab, banyak hadis lemah atau palsu yang dikongsi di laman-laman media sosial menyeru umat Islam melakukan ibadat tambahan atau sunat di bulan Syaaban.

Namun memang ada hadis-hadis yang sahih tentang amalan bulan ini. Yang kami mahu sorot dalam tulisan kali ini adalah tentang puasa sunat pada bulan Syaaban.

Cuba pembaca hayati hadis-hadis sahih ini betul-betul:

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Syaaban? Nabi SAW bersabda:

قَالَ : "ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ".

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadis 2317]

Hadis daripada Aisyah RA, beliau berkata:

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يصومُ حتَّى نقولَ لا يُفطِرُ ويُفطِرُ حتَّى نقولَ لا يصومُ وما رأيتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ استَكملَ صيامَ شَهرٍ قطُّ إلَّا رمضانَ وما رأيتُه في شَهرٍ أكثرَ صيامًا منهُ في شعبانَ

Maksudnya: “Baginda SAW biasanya berpuasa sehingga kami katakan bahawa baginda tidak akan berbuka (berpuasa terus). Dan baginda SAW apabila berbuka sehingga kami katakan bahawa beliau akan terus berbuka (tidak berpuasa terus). Dan aku tidak melihat baginda SAW menyempurnakan puasanya sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda SAW berpuasa (puasa sunat) dalam sebulan yang lebih banyak melainkan ketika baginda SAW berpuasa pada bulan Syaaban.” [Riwayat al-Bukhari, no. Hadis 1833 dan Muslim no. Hadis 1956]

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, di dalam hadis pertama yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid, SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa.

Tambahan pula, Syaaban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab).  Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]

Selain itu, hadis ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia lain sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.

Menurut podcast Dr. Omar Suleiman dan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri, antara amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah amalan yang dilakukan semasa orang ramai berada dalam keadaan ghaflah atau lalai.

Dalam erti kata lain, amalan yang dilakukan pada waktu bukan kebiasaan. Contoh paling baik adalah qiyammullail atau solat tahajud.

Satu lagi contoh adalah membaca doa memasuki pasar (souq). Lihat sahaja ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang membaca doa ini, kerana apabila kita memasuki pasar atau tempat membeli-belah, jarang sekali kita mengingati Allah SWT.

Hadis kedua yang diriwayatkan oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa Rasulullah SAW banyak berpuasa di dalam bulan Syaaban. Bgaimanapun, terdapat sebuah riwayat yang dilihat seolah-olah bercanggah dengan riwayat ini. Di dalam sahih Muslim:

كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إلَّا قَلِيْلًا

Maksudnya: “Adapun Rasulullah SAW berpuasa pada bulan Syaaban melainkan sedikit”. [Riwayat Muslim, no. Hadis:1957]

Laman yang sama menegaskan ia lebih berpihak dengan pendapat bahawa Nabi SAW tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban kecuali pada bulan Ramadan sahaja.

Sementara hadis yang mengatakan bahawa Nabi SAW berpuasa pada bulan Syaaban melainkan sedikit (yang tidak berpuasa), boleh difahami dengan mengatakan bahawa dari sudut bahasa, kalau seseorang yang sering berpuasa dibolehkan untuk mengatakan dia berpuasa sebulan penuh disebabkan kelazimannya akan perbuatan tersebut ataupun dia telah berpuasa sebahagian besar daripada bulan tersebut.

Kami juga mahu ingatkan, seperti yang diingatkan oleh Dr. Omar Suleiman, janganlah berpuasa sehingga ke hari terakhir Syaaban.

Biarlah ada ruang antara puasa sunat Syaaban dengan puasa wajib Ramadan. Tetapi janganlah juga hingga tidak cuba berpuasa langsung di bulan Syaaban.

Apa kata anda berpuasa pada hari Isnin dan Khamis sebagai permulaan dan lanjutkan kepada puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) pada 13, 14, 15 haribulan setiap bulan kalendar Islam.

Semoga amalan kita pada bulan ini diterima Allah Yang Maha Esa. - Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Program Pengaruh Umat Islam Minat Agama Lain Salah Di Sisi Undang-Undang

2

TARA 1 tahun yang lalu

Mengumpul Pahala Dengan Puasa, Ketahui Hari Ganjaran Besar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tauliah Aktivis Politik Ajar Islam Di Selangor Ditarik Balik

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Nisfu Syaaban Dan Kemaafan

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Stylofest Mega Raya 2023 Anjur Festival Shopping Kekeluargaan Terbesar 73 jam Tanpa Henti 

oleh Wartawan Hiburan Getaran