web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Pengaruh Umat Islam Minat Agama Lain Salah Di Sisi Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 1:13PM

Abdul Aziz Mohd Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Program yang dibuat untuk memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung atau minat kepada agama bukan Islam dilarang di Selangor dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata demikian merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program “Projek Artikel 11 Jom Ziarah” anjuran Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurutnya, program itu menjemput para belia di Malaysia yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai agama berlainan termasuk acara di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang esok.

"Daripada penelitian kepada iklan dan risalah yang diedarkan ini, MAIS berpandangan program ini mempunyai unsur-unsur bagi menarik minat belia khususnya belia Islam untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain Islam. 

"Jika program begini dibenarkan untuk dianjurkan, ia boleh mempengaruhi pemikiran para belia Islam secara halus dan tanpa disedari untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain Islam yang sedang dianuti oleh mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata MAIS berpendirian bahawa kesefahaman, toleransi dan perpaduan masyarakat sangat penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan Malaysia. 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan program mempelajari agama lain selain Islam di gereja atau rumah ibadat agama lain memerlukan kawalan dan sekatan tertentu untuk memastikan tiada elemen memujuk orang Islam terpengaruh dan minat dengan agama lain selain Islam, selain tiada penglibatan orang Islam dalam ritual agama lain. 

Katanya, pihaknya turut mengambil maklum kenyataan terbaharu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Parlimen bahawa program yang asalnya terbuka kepada semua orang kini ditukar dan dihadkan kepada para belia bukan Islam sahaja. 

"Namun semakan MAIS setakat ini mendapati bahawa risalah dan iklan yang diedarkan di media sosial dan elektronik masih tidak dipinda bagi menunjukkan program ini dikhaskan hanya untuk orang bukan Islam.

"MAIS menasihatkan mana-mana penganjur sama ada daripada sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) atau badan lain yang berhasrat mengadakan aktiviti dan program atas dasar perpaduan dan keharmonian perlu lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat di negara kita," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

4

Sukan 2 tahun yang lalu

KBS Capai 22 Pembaharuan Dalam Tempoh 9 Bulan - Adam Adli

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan