web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teo Bangga PEDi Song Aktif Bantu Usahawan Dalam E-Dagang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 7:00AM

Teo Nie Ching (tengah) menghadiri Showcase Gawai Raya SibuFm 2023 di Auditorium RTM Sibu, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPIT - Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching melahirkan rasa bangga terhadap keaktifan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Song dekat sini dalam meningkatkan penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti e-dagang.

Beliau berkata usahawan kecil yang terlibat dalam aktiviti tersebut yang hanya memperoleh pendapatan purata RM150 sebulan sebelum ini, kini mampu menjana pendapatan purata lebih RM1,000 hasil penjualan produk mereka khasnya kraftangan secara dalam talian.

Membandingkan dengan beberapa PEDi di Semenanjung Malaysia yang dilawati beliau sebelum ini, Teo mendapati PEDi Song terus mendapat sambutan masyarakat dan masih aktif meskipun telah lama diwujudkan.

“Di sini (PEDi Song) saya lihat bahawa setiap minggu masih ada tiga kursus diatur untuk penduduk tempatan. Terima kasih kepada TM (Telekom Malaysia) dan pengurus-pengurus yang dilantik untuk PEDi ini,” katanya kepada pemberita semasa melawat pusat tersebut semalam.

PEDi Song adalah satu daripada 133 PEDi yang telah diwujudkan di Sarawak bagi menampung keperluan rakyat, antara lain untuk menggalakkan penduduk luar bandar terlibat dalam aktiviti e-dagang.

Teo berkata hasil kraftangan dari kawasan luar bandar Sarawak berpotensi besar untuk dipasarkan dalam talian menggunakan pelbagai platform.

“Apabila kita hubungkan masyarakat ini dengan dunia luar, kita bukan hanya hubungkan mereka dengan kawasan seperti Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Pinang tapi ada kemungkinan mereka terhubung dengan negara luar seperti Singapura, Taiwan, Thailand dan Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sembilan menara telekomunikasi di Song sudah beroperasi, 17 menara akan didirikan di bawah Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) kerajaan Persekutuan manakala 15 lagi oleh kerajaan Sarawak menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).

Semasa lawatan kerja ke Song semalam, Teo turut diberi taklimat mengenai kemajuan infrastruktur digital Song di Pejabat Daerah Song, melawat Projek Point of Presence (PoP) di Sekolah Kebangsaan Cardinal Vaughan dan melawat Menara Telekomunikasi JENDELA di Nanga Sesawa.

Beliau berkata hala tuju kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan adalah sama bagi memberikan semua rakyat akses kepada Internet untuk mengembangkan ekonomi digital.

Sementara itu, dalam kenyataan media sempena lawatan tiga harinya ke Sarawak, Teo berkata Kerajaan Sarawak dan Persekutuan sepakat meningkatkan ekonomi digital serta berhasrat menaik taraf fasiliti telekomunikasi di seluruh Malaysia kerana ia adalah hak asasi rakyat masa kini. 

Menurut Teo perkara itu telah dinyatakan semasa kunjungan hormatnya terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi dan timbalannya Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Kuching, semalam.

 Bagi mencapai hasrat ini, beliau berkata sebanyak 636 tapak menara telekomunikasi dikenal pasti dan akan dibina dengan kelengkapan fasiliti di seluruh Sarawak menerusi program JENDELA melibatkan kos RM4 bilion bagi fasa pertama.

"Selain itu, di bawah program PoP, Kementerian Komunikasi dan Digital juga telah mengenal pasti 60 sekolah dalam fasa 1 dan 681 sekolah fasa 2 di seluruh Sarawak,” katanya.

Teo berkata kerajaan Sarawak turut mengambil inisiatif membina 600 menara di bawah program SMART bagi membantu kerajaan pusat mencapai sasaran pembinaan 7,000 buah menara telekomunikasi di Malaysia untuk menambah baik rangkaian Internet berkelajuan 4G dan 5G kepada penduduk negeri ini.

Bagi mencapai hasrat kerajaan mengadakan Satu Dewan Undangan Negeri (DUN), Satu PEDi sebanyak 23 PEDi baharu akan dibangunkan tahun ini oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PEDi Dikenali Sebagai Nadi, Mulai 1 Mac - Fahmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar