web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 4:52PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang penubuhan Majlis Media Malaysia yang dijangka dibentang di Parlimen pada Mac tahun depan, antara lain akan merangkumi satu mekanisma aduan bagi membolehkan sebarang ketidakpuasan hati mana-mana pihak terhadap sesuatu berita, diadukan kepada majlis berkenaan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, Majlis Media Malaysia boleh mewujudkan satu jawatankuasa untuk meneliti aduan itu serta mengeluarkan keputusan sama ada laporan berita yang diadukan itu melanggar etika kewartawanan atau sebaliknya.

"Dengan Majlis Media Malaysia, kita dapat mewujudkan pengamal media lebih bertanggungjawab dan ada satu badan jadi pihak berkuasa untuk membuat keputusan sama ada sesuatu artikel itu beretika atau kurang beretika, atau dengan sengaja membuat tajuk untuk clickbait kerana hendak sensasikan emosi masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, bagi menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) berhubung peranan Majlis Media Malaysia dalam memastikan pengamal media mampu untuk kawal selia kendiri dalam melaporkan berita sahih dan tidak menyebarkan berita kurang tepat

Berhubung soalan asal Wong berkenaan status terkini penubuhan Majlis Media Malaysia, Teo berkata, kementerian itu sedang meneliti dan memuktamadkan kandungan rang undang-undang berkaitan penubuhan majlis berkenaan dengan mengadakan beberapa siri perbincangan secara berkala bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia (Jawatankuasa Kerja Sementara).

"Sesi perbincangan telah diadakan bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia adalah jelas dan mencapai kesepakatan antara semua pihak.

"Antara perkara yang dibincangkan secara lebih teliti dan perlu dipersetujui adalah berhubung beberapa takrifan yang akan dimasukkan dalam rang undang-undang ini, penguatkuasaan yang dimiliki oleh Majlis Media Malaysia dan beberapa isu lain," kata Teo.

Mengulas cadangan Datuk Mumtaz Md Nawi yang berharap Majlis Media Malaysia berperanan meningkatkan literasi media dalam kalangan masyarakat, Teo berkata, majlis berkenaan sememangnya akan melaksanakan tanggungjawab berkaitan hal itu.

"Malah, ada juga banyak badan bukan kerajaan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan literasi media dan kementerian sudi untuk bekerjasama dengan mereka," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengamal Media Perlu Patuhi Etika, Rujuk Kod Kandungan - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja