web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ditanya Mengapa Ikuti Akaun TikTok Sofyank, Rafizi Kata…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 11:13AM

Sofyank (kiri) bersama piala kemenangannya ditemani Zach King. - Gambar Instagram @sofyank96

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mendedahkan jawapan di sebalik mengapa beliau mengikuti akaun TikTok milik pencipta video kreatif, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali SofyanK.

Katanya, kandungan video dicipta dan dikongsikan pemuda itu bukan sahaja menyaksikan tahap kreativiti menarik, malah membabitkan kemahiran tinggi.

“Jenis kemahiran dan kandungan tinggi macam itu, antara jenis-jenis bakat yang kita nak perkembangkan lagi kerana itu ukuran dari segi kedudukan ekonomi digital kita.

“Lebih banyak kandungan macam itu, lebih banyak kreativiti, lebih banyak kita akan dapat mencambahkan lagi kegiatan seperti itu,” katanya ketika ditemu ramah pada program bual bicara, Meletop malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hos rancangan itu, Elly Mazlein dan Datuk AC Mizal mengapa mengikuti akaun TikTok SofyanK, di sebalik ramai selebriti atau instafamous lain.

Malah, Rafizi memaklumkan, beliau terhibur dengan kandungan dimuat naik pemenang pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge – Magic of The Month’ di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu yang dianjurkan pencipta video digital terkenal antarabangsa, Zach King pada 21 April lalu.

Rafizi berkata, beliau berpendapat apa yang dihasil dan dilakukan SofyanK itu, sepatutnya menjadi inspirasi.

“Ia harus menjadi inspirasi untuk mendapatkan lebih ramai orang muda menceburi dan itu akan membantu keseluruhan industri kita,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, King berkata, selain SofyunK, dia menerbangkan dua pencipta video kreatif terbaik yang pernah memenangi anugerah ‘Magic of the Month’ juga anjurannya, iaitu Eva dari Netherlands dan Brandon (United Kingdom).

Malah, King memuji kebolehan SofyanK dalam aspek penceritaan dan kesan video atau ‘visual effect’ (VFX), sambil berharap SofyanK terus mencipta video kreatif pada masa depan.

Kejayaan SofyanK turut menarik perhatian beberapa pemimpin, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi Twitter, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dan kagum dengan pencapaian itu.

“Tahniah saudara @sofyank96. Pastinya daya kreatif mesti dicambah dan digalak terus.

“Pencapaian saudara SofyanK ternyata satu kejayaan yang membanggakan negara di persada antarabangsa,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Sofyank.

Katanya, kejayaan anak muda itu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan menyifatkan bakat Sofyank sebagai luar biasa. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga