web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsep Bipartisan Mampu Basmi Miskin Tegar - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 12:02PM

Bagi memastikan program kemiskinan lebih berimpak, pakar ekonomi turut mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan analisis keperluan sebelum melaksanakan sebarang inisiatif di kawasan tertentu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendekatan bipartisan mampu menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini berbanding hanya mengharapkan usaha kerajaan semata-mata, menurut pakar ekonomi Dr Jain Yassin.

Beliau berkata kesanggupan semua parti untuk bekerjasama tanpa mengira pegangan politik adalah asas penting untuk memastikan keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan.

”Kalau kita lihat insitiatif kerajaan untuk membasmi kemiskinan, suka saya ketengahkan konsep bipartisan. Konsep ini penting kerana kesanggupan semua pihak untuk bekerjasama tanpa mengira pandangan politik yang berbeza akan membantu usaha pembasmian kepada golongan sasar.

“Bipartisan ini boleh dilakukan kerana Malaysia sudah mengikuti jejak United Kingdom apabila sudah mempunyai kumpulan rentas parti Parlimen yang diwujudkan untuk bersama-sama dengan blok pembangkang dan kerajaan untuk pelaksanaan sesuatu program di kawasan Parlimen,” katanya kepada Bernama.

Kesanggupan semua parti untuk bekerjasama tanpa mengira pegangan politik adalah asas penting untuk memastikan keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan - Gambar Hiasan
Kesanggupan semua parti untuk bekerjasama tanpa mengira pegangan politik adalah asas penting untuk memastikan keberkesanan usaha pembasmian kemiskinan - Gambar Hiasan

Selain itu, bagi memastikan program kemiskinan lebih berimpak, Jain yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah turut mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan analisis keperluan sebelum melaksanakan sebarang inisiatif di kawasan tertentu.

Menurut Jain analisis itu perlu mengambil kira faktor seperti keperluan sesebuah kawasan, kesediaan komuniti yang akan dilibatkan serta kesesuaian sumber yang ada di kawasan itu untuk melaksanakan program.

“Ini penting sebab saya lihat banyak program kerajaan tidak mampan kerana tidak sesuai dengan komuniti tersebut, tidak sesuai dengan sumber yang terdapat di kawasan tersebut dan geografi kawasan.

“Sebab itu untuk kelangsungannya, perlu ada satu jawatankuasa pemantauan agar program yang dilaksanakan menjadi sebuah program yang mampan, selain perlu memperluas skop program pembasmian kemiskinan dengan memasukkan pembangunan kapasiti kepada komuniti agar persepsi penduduk terhadap kemiskinan dapat diubah, tanpa bergantung sepenuhnya kepada ekonomi tradisional,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Perpaduan berhasrat menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini yang disifatkan beliau sebagai mengaibkan bagi sebuah negara yang mempunyai kekayaan khazanah seperti minyak dan gas.

Ahli ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpandangan hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar itu bukanlah langkah populis untuk meraih sokongan rakyat, sebaliknya adalah tanggungawab setiap kerajaan yang memerintah.

Hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar itu bukanlah langkah populis untuk meraih sokongan rakyat, sebaliknya adalah tanggungawab setiap kerajaan yang memerintah - Gambar Fail
Hasrat untuk menoktahkan kemiskinan tegar itu bukanlah langkah populis untuk meraih sokongan rakyat, sebaliknya adalah tanggungawab setiap kerajaan yang memerintah - Gambar Fail

“Ini tidak ada kena mengena dengan populariti kerana membela rakyat adalah satu tanggungjawab kerajaan dan ini (basmi kemiskinan) seharusnya menjadi keutamaan kerajaan tidak kira apa sekali pun kerajaan yang memerintah.

“Usaha membasmi kemiskinan sudah wujud sejak 70 tahun lepas lagi, sebelum negara mencapai kemerdekaan dengan pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dilaksanakan termasuk melalui penubuhan pusat zakat,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar kerajaan menumpukan pembinaan keupayaan masyarakat melalui latihan dan teknologi sebagai langkah pembasmian kemiskinan secara total.

Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan berkata matlamat kerajaan untuk membasmi sepenuhnya golongan miskin tegar di negara ini adalah satu daripada cara untuk meletakkan Malaysia sebagai contoh kepada dunia.

Menurut Lim, sebelum ini beliau telah mencadangkan lima cara untuk Malaysia menjadi contoh kepada dunia antaranya dalam bidang tadbir urus yang baik; dialog antara etnik, agama, budaya dan tamadun; persefahaman; toleransi serta harmoni. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemiskinan Tegar Di Sabah Tidak Boleh Disamakan Dengan Semenanjung - Shafie

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Usaha Basmi Kemiskinan Tegar Di KL, Melaka, Negeri Sembilan Capai 100 Peratus - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Pertimbang Longgar Syarat Mohon Rumah Kasih Johor

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad