web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Aduan Harga Barangan Melampau Sepanjang SHMPP 2023 - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 8:08AM

Salahuddin Ayub berkata kerjasama KPDN dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, media serta agensi berkaitan telah membantu pihaknya membuat pemantauan harga dengan lebih efisien - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang aduan dan rungutan berhubung isu kenaikan harga barang melampau sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata hasil maklumat dan pemantauan oleh pihak penguatkuasaan mendapati rata-rata pengguna, malah peniaga turut berpuas hati dengan skim harga itu.

“Setakat ini, tidak ada langsung aduan atau bantahan daripada pengguna berkenaan harga barang naik atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini semalam.

Salahuddin berkata kerjasama KPDN dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, media serta agensi berkaitan telah membantu pihaknya membuat pemantauan harga dengan lebih efisien.

“Contohnya beberapa hari sebelum hari raya, media ada melaporkan bakal ada kekurangan telur di Kelantan dan Terengganu, pegawai saya turun padang untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan, langsung berlaku lambakan telur di dua negeri itu. 

“Jadi tiada langsung masalah semasa musim perayaan ini, namun pemantauan dan kawalan terhadap harga barangan terutamanya barangan keperluan akan diteruskan,” katanya.

Pada 12 April lepas, sebanyak 30 jenis barangan ditetapkan menerusi SHMMP 2023 yang bermula pada 15 April dan berakhir hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad