web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek Pulau Buatan PSI: Pastikan Tiada Kaum Terpinggir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2023 3:21PM

Kerajaan Pulau Pinang dan Pusat digesa melaksanakan perancangan jangka panjang bagi memastikan tidak ada kaum terpinggir dalam projek pembangunan tiga buah pulau buatan, Penang South Island (PSI) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pulau Pinang dan Pusat digesa melaksanakan perancangan jangka panjang bagi memastikan tidak ada kaum terpinggir dalam projek pembangunan tiga buah pulau buatan, Penang South Island (PSI).

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata, pihaknya menuntut jaminan kerajaan negeri dan Pusat supaya memastikan ketiga-tiga pulau itu dihuni secara adil antara penduduk Pulau Pinang, warga tempatan serta warga asing.

Katanya, keputusan melaksanakan projek itu sudah diduga walau beberapa tahun lalu, Ahli Parlimen Port Dickson dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menentangnya, namun kini selepas berada di puncak kuasa, projek yang mendapat bantahan rakyat sudah diluluskan.

“Apakah benar hasil jualan tanah pulau itu nanti akan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri semata-mata atau ada agenda lain.

“Kerajaan negeri lebih mengetahui, malah bakal Ketua Menteri yang akan mengetuai kerajaan pimpinan DAP pasti lebih mengetahui sasaran sebenar kerana projek ini akan dimulakan di suku ketiga tahun ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Dr Muhamad Farid Saad - Gambar Fail
Dr Muhamad Farid Saad - Gambar Fail

Muhamad Farid turut mempersoalkan mengapa kerajaan Pusat tidak membiayai projek infrastruktur tersebut atau sebenarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kaedah pembiayaan lain, bersesuaian dengan prinsip Kerajaan MADANI.

Beliau turut mengimbas projek tambakan laut di Tanjang Tokong yang kini dikenali sebagai Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang yang mana dakwanya, nelayan merana sepanjang ia dijalankan, memandangkan kemungkinan pelaksanaannya berakhir dalam tempoh melebihi 20 tahun.

“Cuba lihat siapakah yang tinggal di Straits Quay atau di Seri Tanjung Pinang pada masa ini?

“Adakah penduduk daripada golongan B40? Atau golongan mana yang memonopoli tanah dan rumah di situ memandangkan ia sudah menjadi kawasan elit,” katanya. 

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan, projek PSI memperoleh kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS). 

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan kelulusan bagi Projek PSI yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukanlah keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan.

Beliau juga menafikan dakwaan enggan ‘melayan’ kekecewaan golongan nelayan dan penduduk setempat yang dijangka terjejas susulan pelaksanaan Projek PSI.

Mengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, kelulusan EIA bagi projek penambakan PSI itu, bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan Pulau Pinang, tetapi nelayan di negeri berdekatan, khususnya Perak.

Jelasnya, pencemaran laut juga akan memberi kesan langsung kepada Perak kerana tanah laut akan diambil dari negeri berkenaan.

”Bagaimana pula dengan tanah merah dan batu yang akan digunakan, dari mana semua itu akan diambil,” katanya.

“Apakah manfaat sebenar projek tambak laut itu kepada rakyat, sama ada hasil jualan tanah pulau tersebut kelak digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri semata-mata atau sebaliknya. - Getaran, 29 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar