web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita Kongsi Pilu Anak Meninggal Strok Haba, ‘Jantung, Buah Pinggang Aqil Hangus…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 5:16PM

Mangsa (dua dari kanan) bergambar bersama keluarga sempena sambutan Aidilfitri. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemergian seorang kanak-kanak lelaki pada hari keempat Syawal disebabkan strok haba menerusi perkongsian ibunya di Facebook mengundang sebak warganet.

Menurut Wanie Iwan, ibu kepada Muhamad Syamil Aqil, anak sulungnya itu kelihatan aktif pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua sebelum mengalami demam biasa dan cirit-birit.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut bacaan suhu badan anaknya tidak begitu tinggi dan berada sekitar 37 hingga 38 darjah Celsius.

Namun, Wanie berkata, keadaan Muhammad Syamil menjadi lemah pada hari raya keempat dan dia mengajak suaminya untuk pergi ke Klinik Kesihatan Balai di Bachok, Kelantan.

“Ibu ajak abah pergi klinik. Siap-siap pakai baju, tiba-tiba abe dah nyetok. Terus bawa klinik paling dekat Klinik Kesihatan Balai.

“Sampai sana, doktor masukkan oksigen. Lepas tu doktor masuk branula untuk masuk air,” katanya.

Ceritanya lagi, selepas doktor memasukkan branula, nadi anaknya tiba-tiba terhenti.

“Masa ini jantung ibu pun dah rasa macam tak ada dah. Semua doktor on call turun sebab anak ibu tiba-tiba collapse.

“Semua doktor dah berusaha habis baik. Ibu abah bagi je doktor buat apa pun. CPR dan sebagainya. Sejam mereka buat nadi tak naik-naik.

“Doktor minta ibu dan ayah reda. Ibu dan abah reda anak. Tepat jam 9.27 pagi, 25 April 2023, doktor sahkan abe Aqil dah tak de,” katanya.

Kubur Muhamad Syamil Aqil
Kubur Muhamad Syamil Aqil

Wanie berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian anaknya disebabkan strok haba dan dihidrasi.

“Doktor operate (bedah) terus nampak semua isi dalam dah hangus. Jantung dan buah pinggang abe Agil hangus habis dah.

“Dalam dah kosong. Air dan darah dalam tubuh dan kering,” katanya.

Susulan tragedi hitam menimpanya itu, Wanie menasihati ibu bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain di bawah terik panas matahari.

“Tolong ibu ayah ambil iktibar dari cerita anak saya. Cuaca tak elok panas teruk. Bagi anak air yang secukupnya.

“Ibu puas hati bagi post-mortem. Dapat tahu penyebab sebenar dan boleh kongsi untuk peringatan semua.

“Ibu reda, ibu cuma rindu. Doakan saya terus kuat hadap kehidupan dunia dengan kehilangan satu nyawa saya,” katanya.

Awal hari ini, status cuaca panas tahap 1 (berjaga-jaga) direkodkan di Kedah dengan bacaan 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Pengarah Pejabat Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abdul Aziz, berkata setakat ini beberapa daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Padang Terap direkodkan mengalami fenomena berkenaan.

Menurutnya, cuaca ketika ini agak panas tetapi tidak berpanjangan dan pihaknya sudah mengeluarkan amaran itu.

“Ada kemungkinan untuk kekal atau naik 37 darjah Celsius hingga 40 darjah Celsius tu payah sikit.

“Tapi ada kemungkinan boleh turun bawah 35 darjah Celsius dan kemungkinan untuk kekal, lebih dari itu tidak mungkin sebab akan berlaku hujan dalam waktu terdekat ini.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air serta mengelakkan terdedah pada cuaca panas di luar selain tidak melakukan pembakaran terbuka,” katanya. – Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Penyertaan Semula Dalam UMNO Jadi Sebutan, KJ Bakal Bertanding Untuk PRN?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Terhadap Joe Zakaria Cetus Kebimbangan, Tahap Keselamatan Pengkritik Bola Sepak Jadi Persoalan 

oleh Sophia Ahmad