web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Varian Arcturus Menular Di AS, Boleh Sebabkan Gejala Luar Biasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 11:56AM

Subvarian Omicron XBB.1.16 yang dirujuk sebagai ‘Arcturus’, kini tersenarai dalam penjejak varian oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) AS - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Subvarian baharu Omicron, XBB.1.16 sedang merebak di Amerika Syarikat (AS), dan beberapa doktor melaporkan bahawa ia mungkin menyebabkan gejala luar biasa.

Subvarian XBB.1.16 yang dirujuk sebagai ‘Arcturus’, kini tersenarai dalam penjejak varian oleh Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) AS.

Ketika pentadbiran Presiden Joe Biden bersiap sedia untuk menamatkan amaran kecemasan kesihatan awam COVID-19 di negara itu pada 11 Mei depan, beberapa pakar melihat potensi lonjakan dalam kes penularan subvarian Arcturus.

Minggu lalu, subvarian itu menyumbang kira-kira 10 peratus daripada kes COVID-19 baharu mingguan yang dilaporkan di seluruh AS.

Pakar penyakit berjangkit, Dr Aileen Marty menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan simptom baru disebabkan varian Arcturus.

“Mata merah antara simptom varian baru COVID-19 dan kanak-kanak paling berisiko terdedah dengan jangkitan itu.

“Ia tidak bernanah kerana disebabkan virus bukan bakteria. Selain itu, kanak-kanak juga boleh mengalami demam panas yang tinggi,” katanya.

Selain itu, simptom Arcturus kelihatan serupa dengan gejala disebabkan oleh varian Omicron. 

Antaranya, sakit tekak, hidung berair, bersin, batuk, sakit kepala, keletihan, sakit otot dan perubahan deria bau.

Jika anda atau anak-anak anda mengalami mana-mana simptom tersebut, pakar mengesyorkan agar menjalani ujian COVID-19 dengan segera.

Pakar menggalakkan semua yang layak untuk mendapatkan suntikan penggalak bagi melindungi diri daripada varian baharu itu.

Memandangkan imuniti daripada vaksin adalah sementara dan virus itu berubah, orang ramai perlu divaksinasi semula secara berkala.

Terdahulu, susulan peningkatan semula kes COVID-19, selain penularan varian Arcturus, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan pemakaian pelitup muka di sekolah.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk membincangkan perkara tersebut bagi mengekang penularan semula COVID-19 di sekolah.

Katanya, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan golongan tersebut akan dikeluarkan sebelum sekolah dibuka semula pada 2 Mei ini.

“Saya akan bertemu Fadhlina minggu ini juga untuk membincangkan garis panduan mengapa kita perlu mengawal penularan COVID-19 di sekolah, terutama selepas adanya varian baharu Arcturus.

“SOP berhubung kawalan COVID-19 itu akan dikeluarkan sebelum pelajar kembali ke sekolah pada 2 Mei ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ini penting kerana kita bimbang jika ada murid terkena jangkitan selepas bergerak ke sana sini sepanjang cuti raya yang mungkin menyebabkan COVID-19 kembali menular di sekolah,” katanya. – Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar