web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1MDB, SRC Failkan Tuntutan Sivil Bagi Pemulangan Aset Bernilai Lebih RM96.6 Bilion - MoF

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2021 5:04PM

Tengku Datuk Seri Zafrul berkata kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan semua pihak yang terlibat dengan skandal 1MDB dipertanggungjawabkan sepenuhnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengesahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) telah memfailkan sejumlah 22 tuntutan sivil untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion, termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.

Katanya writ telah difailkan pada 7 Mei terdiri daripada enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Writ yang difailkan oleh 1MDB adalah terhadap sembilan entiti (termasuk dua institusi kewangan asing) dan 25 individu manakala writ yang difailkan oleh SRC adalah terhadap 15 individu dan 8 entiti atas pelbagai kesalahan, menurut MoF dalam kenyataan hari ini.

Kesalahan itu termasuklah pelanggaran kewajipan kontrak, statutori, common law dan fidusiari, pecah amanah, frod, konspirasi frod, salah nyata frod, pecah kewajipan dan amanah secara frod, penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan fidusiari di jawatan awam dan pecah amanah.

“1MDB dan SRC menyatakan bahawa entiti dan/atau individu ini telah mendapatkan pengkayaan tidak wajar melalui penerimaan wang secara salah daripada 1MDB atau SRC,” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan akan meneruskan usaha sehingga semua pihak yang terlibat dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesalahan kepada negara melalui penglibatan mereka dalam 1MDB dan/atau SRC.

“Berikutan kejayaan penyelesaian yang signifikan terhadap Goldman Sachs, AmBank Group dan Deloitte PLT, usaha kerajaan kini difokuskan untuk membawa ke muka pengadilan pesalah laku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan/atau SRC semasa pelaksanaan tugas mereka, sebagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pelbagai operasi dan urus niaga 1MDB dan/atau SRC,” katanya.

Malaysia sebelum ini telah menerima RM10.5 bilion (US$2.5 bilion) daripada Goldman Sachs pada Ogos 2020 dengan jaminan pemulangan aset selanjutnya sebanyak RM5.88 bilion (US$1.4 bilion).

Tidak lama lagi, kerajaan juga akan menerima RM2.83 bilion daripada Ambank Group dan RM336 juta (US$80 juta) daripada Deloitte PLT.

MoF berkata semua hasil daripada usaha pemulangan aset 1MDB termasuk penyelesaian akan datang dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Pemulangan Aset di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

“Penyelesaian ini tidak menjejas atau mengkompromi tuntutan Malaysia terhadap pesalah laku lain yang telah menyebabkan kerugian kepada 1MDB dan SRC, dan mereka akan tetap dihadapkan ke muka pengadilan melalui sistem perundangan jenayah dan sivil,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

4

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran