web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Tidak Pernah Jadi Komunis, Abdul Hadi Tuduh Tanpa Bukti - Kit Siang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 4:22PM

Lim Kit Siang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang membidas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berulang kali menuduh beliau sebagai komunis, sedangkan pemimpin itu gagal memberikan sebarang bukti sehingga kini.

Malah, mantan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menegaskan sekiranya beliau adalah seorang komunis, mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menahannya ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan di bawah pimpinan dua Perdana Menteri, selama 32 bulan dari 2020 hingga 2022.

“Saya tidak pernah menjadi seorang komunis, tetapi Abdul Hadi berkeras bahawa saya seorang komunis. Bilakah dia menyedari perkara ini? Tetapi, seorang komunis bukanlah jelmaan syaitan, seperti yang Abdul Hadi patut sedar di mana perjanjian keamanan di antara Arab Saudi dan Iran dibentuk oleh seorang komunis, Xi Jinping, Presiden China yang komunis.

“Saya sentiasa percaya yang Malaysia boleh memainkan peranan global dan satu daripada peranan ini adalah untuk menjadi contoh persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia. Adakah Abdul Hadi bersetuju?” soalnya menerusi kenyataan di blognya.

Semalam, Abdul Hadi dalam kenyataan diterbitkan HarakahDaily dilaporkan berkata, selepas komunis tiada tempat untuk bersembunyi di hutan rimba, mereka bersembunyi dalam DAP.

Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, DAP tidak mengubah pendirian ‘Malaysian Malaysia’ apabila parti terbabit secara terbuka mempertahankan sekularisme walaupun Islam agama rasmi negara ini.

Kit Siang berkata, beliau tidak tahu mengapa Hadi memilih Aidilfitri untuk melancarkan serangan terhadap DAP dan dirinya.

“Saya sudah bersara dari politik barisan hadapan DAP lebih dari setahun dan saya tidak boleh dan tidak akan memberi respon bagi pihak pimpinan DAP, tetapi saya tidak boleh membiarkan serangan Abdul Hadi terhadap saya tidak dijawab.

“(Apapun) saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Abdul Hadi, adakah dia bersetuju yang Malaysia patut menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun.

“Saya sedang duduk menulis mesej Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia, baik Muslim atau bukan Muslim, apabila saya membaca serangan Presiden PAS, Hadi Awang di Facebook terhadap DAP dan saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Kit Siang mendakwa, Abdul Hadi bukan seorang penipu yang hebat memandangkan agak mudah untuk ‘mengesan’ penipuan, fitnah, dan berita palsu ketika berhujah, seperti dapat dilihat dalam beberapa kejadian.

“Antaranya, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Abdul Hadi menuduh DAP mempromosikan Islamofobia.

“Sudah lima bulan berlalu sejak daripada tuduhan tidak masuk akal ini dibuat dan walaupun selepas berkali-kali saya cabar, dia masih gagal untuk memberikan sebarang bukti untuk tuduhan liar ini.

“Dia adalah satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang membuat pertuduhan tanpa sebarang bukti.

“Selepas kegagalan seperti ini, apakah kredibiliti yang masih ada pada Abdul Hadi untuk bercakap benar dan jujur, berdasarkan fakta dan kebenaran serta bukannya dengan penipuan, fitnah dan berita palsu?” katanya.

Pada masa sama, Kit Siang berkata, Abdul Hadi tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.

“Saya tidak bersetuju. Saya melihat Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi satu daripada negara terbaik dan contoh kepada dunia.

“Jadi, pada hari mulia sempena perayaan satu daripada agama terpenting di dunia, walaupun dengan segala persepsi salah dan palsu terhadap DAP serta saya, saya tidak ada sebarang kata-kata keras untuk Abdul Hadi dan saya ucapkan kepada beliau dan PAS ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!’,” katanya.

Menerusi kenyataannya, Kit Siang turut mengajak semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan, bersama-sama meraikan Aidilfitri dan menunjukkan Malaysia boleh menjadi contoh persefahaman, toleransi serta keharmonian antara kaum, agama, budaya dan tamadun kepada dunia.

“Contoh ditunjukkan Abdul Hadi tidak patut diikuti, sekiranya kita mahu memainkan peranan ini kepada dunia,” katanya. - Getaran, 22 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam