web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 4:58PM

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ucapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, dakwaan Abdul Hadi kononnya Kerajaan Persekutuan akan mengurangkan atau menghentikan pencen itu semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam tidak tepat kerana cadangan untuk menyemak semula saraan penjawat awam tidak menyentuh penjawat awam sedia ada.

"Hakikatnya, cadangan kerajaan adalah untuk menyemak semula saraan semua penjawat awam sedia ada dan mengkaji opsyen pengambilan penjawat awam baharu dengan kaedah persaraan baharu seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggantikan skim pencen sedia ada.

Sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama, Abdul Hadi tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak memberi gambaran sebenar terhadap cadangan Kerajaan Persekutuan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menegaskan bahawa status pencen penjawat awam sedia ada 'diteruskan iaitu tetap dan berpencen' dengan hanya pengambilan baharu sahaja akan terlibat dengan dasar baharu, dengan perinciannya akan diumumkan kelak oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Selain itu, Nik Nazmi mendakwa Abdul Hadi juga cuba memberi gambaran bahawa caruman KWSP adalah tidak Islamik, sedangkan KWSP juga satu perlindungan persaraan dan memiliki pilihan simpanan syariah.

"Pilihan simpanan syariah diuruskan dan dilaburkan mengikut prinsip syariah. Untuk memastikan prinsip syariah dipatuhi, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi simpanan pencarum," katanya.

Nik Nazmi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Kelantan dan Terengganu berkata, cadangan menggantikan sistem pencen dengan caruman KWSP juga pernah diumumkan oleh agensi kerajaan Kelantan iaitu Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 2022 yang dinamakan Skim Jawatan Tetap Bercarum.

"Mengapa semasa YIK mengumumkan cadangan ini, tiada bantahan daripada PAS kalau hendak dikatakan KWSP tidak Islamik atau tidak mengikut ajaran Rasulullah SAW," katanya.

Selain itu, Nik Nazmi berkata, PAS seharusnya memiliki tanggungjawab moral untuk memastikan kebajikan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) milik parti itu yang ditubuhkan sejak lebih 30 tahun lalu terjaga, mengambil kira dakwaan guru terlibat tidak memiliki pelan persaraan termasuk KWSP, selain dibayar di bawah paras gaji minimum RM1,500. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad