web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Warga KKM Hargai Jasa Dr Noor Hisham Dan Pengorbanan Panglima Perang COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 10:22PM

Noor Hisham Abdullah (kiri) meninggalkan pekarangan Kementerian Kesihatan bagi bersara wajib hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketokohan dan kepimpinan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sehingga digelar panglima perang Kementerian Kesihatan (KKM) terutama ketika berhadapan krisis COVID-19 akan terus menjadi inspirasi kepada semua petugas kesihatan di negara ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube oleh Program Perubatan KKM bertajuk The Legend has Retired - Retirement of Tan Sri Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, rata-rata menyifatkan jasa dan pengorbanan Ketua Pengarah Kesihatan KKM itu yang akan bersara wajib Jumaat ini selepas mencurah bakti selama 35 tahun dalam lapangan kesihatan, sebagai sesuatu yang luar biasa.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM Dr Mohd Azman Yacob berkata kepimpinan dan dedikasi Dr Noor Hisham dalam meningkatkan martabat sektor kesihatan negara akan sentiasa dijunjung seluruh warga KKM.

“Kami akan teruskan legasi Tan Sri, semua tunjuk ajar Tan Sri pula akan menjadi aspirasi dan inspirasi kepada kami semua untuk terus mara ke hadapan,” katanya.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM Dr Jafanita Jamaludin pula menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai figura yang sangat berkaliber dan memberi sepenuh komitmen dalam tugasannya.

Sementara itu Matron Kartina Mohammad Manan dari Bahagian Kejururawatan KKM berkata Dr Noor Hisham merupakan seorang ketua yang senang untuk dibawa berbincang dan mempunyai pengalaman yang cukup luas.

“Kalau ambil apa-apa keputusan, dia bijak, tak lari daripada landasan yang benar dan sangat memahami apa-apa masalah, malah sebarang keputusan besar yang ingin diambil menjadi mudah dalam masa singkat,” katanya.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan KKM Dr Hirman Ismail yang juga bekas pegawai khas Dr Noor Hisham pula berkata tokoh bidang perubatan itu sentiasa memberi penekanan kepada reformasi institusi kesihatan.

“Banyak program beliau telah bawa untuk kita ke arah itu antaranya termasuklah mewujudkan sistem Casemix (satu kaedah pengelasan episod rawatan pesakit kepada kumpulan penyakit) selain melakukan kajian bersama Harvard Medical School dan mahu menjadikan hospital sebagai premis mesra ibadah,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib mewakili seluruh warga perkhidmatan kesihatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada sumbangan Dr Noor Hisham kepada bidang kesihatan negara.

“Nikmati masa persaraan bersama keluarga, semoga persaraan ini dipenuhi kebahagiaan, ketenangan dan dikurniakan kesihatan berpanjangan, budi Tan Sri tidak akan kami lupa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad