Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perutusan Aidilfitri: Rakyat Anggap Kerajaan Prihatin Kurang Bebanan Mereka, ‘Alhamdulillah, PM Terbaik’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 1:57PM

Anwar ketika menyampaikan perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri 2023 di Bangunan Perdana Putra semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perutusan Khas Sempena Perayaan Aidilfitri 2023 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, terus menerima pujian dan ucapan terima kasih daripada rakyat.

Rata-rata mereka menganggap ia ‘hadiah istimewa’ dan ‘duit raya’ daripada pemimpin nombor satu negara.

Kebanyakan mereka turut menyifatkan pemberian itu meringankan bebanan rakyat, terutama dalam kalangan individu dan keluarga kurang mampu, khususnya ketika ada yang masih belum menerima gaji untuk meraikan Aidilfitri.

“Alhamdulillah...Terbaik PM (Perdana Menteri) DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” kata Elmy Qassim.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih banyak PM Malaysia. Terbaik dan mantap,” tulis Razlan Khalid.

“Usaha dan ikhtiar semampunya membantu dan kita yang menerima, terima dengan ikhlasnya rezeki diberi, syukur sentiasa. Terima kasih, alhamdulillah. Moga sentiasa dalam lindungan Allah swt,” komen Liza Ali.

“Alhamdulillah, anda hebat PM kesayanganku,” ujar pula seorang pengguna lain.

“Alhamdulillah...Tahniah Kerajaan MADANI, semua lapisan rakyat dapat sedikit sebanyak,” respon Rohaimi Jamin.

Segelintir netizen turut meluahkan rasa syukur kerana negara mempunyai barisan pemimpin prihatin dalam membantu rakyat.

“Terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alhamdulillah Ya Allah, atas nikmat mendapat barisan pimpinan negara yang sedaya upaya buat terbaik untuk rakyat. May Allah ease you,” kata Nur Syukrina.

 “PM yang terbaik,” komen Vicky Maniam.

Ada juga yang mendoakan kebaikan untuk Anwar dan berharap beliau serta barisan Kabinetnya mampu meneruskan prestasi kepimpinan baik.

“Moga Allah memberikan keberkatan usia kepada DSAI dan ilham untuk terus mentadbir negara ini agar terus makmur, selain bertambah sejahtera serta diberkati Allah SWT,” kata seorang pengguna.

“Alhamdulillah. Terbaik PMX (PM-10). Teruskan prestasi terbaik,” respon Noor Halimah Abdul Karim.

“Terima kasih PM-10 kami. Semoga memajukan ekonomi negara dan rakyat Malaysia. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” ujar Franco Yaw.

“Terbaik. Semoga Allah melindungi dan merahmati DSAI sebagai PMX selalu, aamin,” doa Mazlan Mahmood.

Menerusi perutusannya semalam, Anwar mengumumkan tujuh inisiatif sebagai ikhtiar kerajaan dalam membantu mengurangkan bebanan rakyat.

Inisiatif terbabit adalah:

1. Tol RAHMAH Percuma, iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bermula hari ini hingga 21 April dan pada 24 April, membabitkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan.

2. Kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih bersetuju menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang dan produk asas makanan bagi keperluan pengusaha Menu RAHMAH pada kadar diskaun khas.

3. Diskaun Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei depan bagi semua saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kesalahan 2022 dan sebelumnya, dengan setiap saman boleh dilunaskan pada harga hanya RM50.

4. Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) dilaksanakan bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, selain penghuni agama lain berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan, dengan membabitkan pelepasan lebih 1,000 orang sepanjang Ramadan dan Syawal.

5. Kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik yang tertumpu kepada kategori rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah (pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah), membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang diberikan pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan, sekali gus dijangka mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik sehingga 24,000 unit.

6. Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM250 juta lagi untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagihkan khusus untuk manfaat kontraktor kecil Bumiputera, menjadikan peruntukan penyelenggaraan berkala pavemen Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion.

7. Kerajaan bersetuju supaya Jumaat, 21 April ini, diisytiharkan sebagai cuti peristiwa dan sekiranya Aidilfitri jatuh pada Jumaat, maka secara automatik 24 April diisytihar sebagai cuti peristiwa. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

2

Semasa 4 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

4

Semasa 1 hari yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pemergian Ahmad Azza Fahmi Tak Gugat Semangat Abang Dalam Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 6 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi