web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan, Penyelia Rugi RM92,220

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan, seorang penyelia syarikat swasta berputih mata selepas mengalami kerugian RM92,220 dalam kejadian di Seri Alam, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, mangsa berusia 41 tahun itu, mengaku tertarik dengan tawaran berkenaan yang didakwa akan memberikan pulangan lumayan.  

Katanya, hasil siasatan mendapati mangsa menerima pesanan ringkas pada 13 April lalu daripada sebuah syarikat, memintanya menyelesaikan tugasan, dengan dijanjikan pulangan dan komisen segera.

“Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan Telegram dan diberikan penerangan lanjut mengenai tugasan tersebut.

“Mangsa mengambil pakej menyiapkan empat tugasan dengan bayaran RM92,220,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, mangsa membuat 10 transaksi kepada enam akaun berbeza dengan jumlah sebanyak RM92,220 pada 16 dan 17 April lalu.  

Jelasnya, mangsa turut diminta membuat pembayaran lain sebanyak RM46,580 bagi proses pemulangan modal serta komisen.

“Ekoran kejadian, mangsa tampil membuat laporan di sebuah balai polis, semalam selepas menyedari beliau ditipu kerana tawaran kerja terbabit tidak wujud.

“Beliau menyedari perkara itu apabila tidak menerima pulangan seperti dijanjikan walaupun kesemua tugasan diambil diselesaikan,” katanya.

Selain itu, Mohd Sohaimi berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Jika pesalah disabitkan kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda dengan sebatan dan denda,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad