web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 5:37PM

Foto saspek dan kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta seperti tular di media sosial - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda yang membenarkan keretanya dipandu seorang kanak-kanak di bawah umur berdepan denda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hukuman berkenaan adalah seperti digariskan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut beliau, tindakan saspek membenarkan keretanya dipandu kanak-kanak terbabit dikesan menerusi gambar yang tular di media sosial.

“Maklumat mengenai gambar itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan semalam, sekitar jam 12 tengah hari.

“Gambar berkenaan memaparkan seorang kanak-kanak di bawah umur sedang memandu kereta di jalan raya awam dengan seorang lelaki dewasa duduk di sebelah tempat penumpang,” katanya.

Raub berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 5.30 petang di kawasan taman permainan Taman Daya, Johor Bahru, 18 Februari lalu.

“Saspek yang berusia 25 tahun telah membenarkan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun itu memandu kereta terbabit, dengan tujuan mengajarnya memandu.

“Saspek merupakan anak kepada pengasuh kanak-kanak terlibat,” katanya.

Raub menarik perhatian, saspek turut disaman mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya kerana membenarkan kenderaan miliknya dipandu individu di bawah umur.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah boleh menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di nombor 07-218 2323,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad