web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

Konsert Taylor Swift di Singapura pada Mac lalu cipta fenomena luar biasa, turut beri kesan positif kepada Johor Bahru

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 9:04PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penangan konsert Taylor Swift di Singapura ternyata bukan calang-calang, malah Johor Bahru yang berjiran turut menerima tempias.

Ia mencipta fenomena sendiri ke atas ekonomi, dikenali sebagai Swiftonomics yang menyaksikan limpahan keuntungan membanjiri sektor perhotelan, makanan dan minuman (F&B) serta runcit.

Kajian oleh RHB yang dikeluarkan hari ini mendedahkan, hampir semua hotel di Johor habis ditempah sepanjang konsert berlangsung.

Ia juga menyaksikan premis F&B dipenuhi pelanggan, manakala sektor pengangkutan tidak putus-putus mengambil penumpang, termasuk di seberang tambak.

Lebih menyeronokkan, kesan itu turut dirasai walaupun selepas konsert penyanyi tersebut berakhir.

Ketika ini, hotel di Johor Bahru merekodkan tempahan 80 hingga 90 peratus lebih tinggi pada hujung minggu.

Peniaga bagi sektor F&B dan perkhidmatan golf pula rancak membuka cawangan atau kedai baharu, manakala jumlah penyewa di pusat beli belah tertentu di Johor Bahru kian bertambah.

Kata laporan itu, lebih banyak jenama dijangka menimbangkan Johor Bahru sebagai pasaran penting untuk meluaskan operasi pada waktu terdekat.

Ia sekali gus bakal melonjakkan permintaan untuk hartanah di Iskandar Malaysia.

Taylor Swift, penyanyi pop kelahiran Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menandantangani perjanjian dengan kerajaan Singapura, untuk membolehkan republik itu menjadi lokasi tunggal konsert di ASEAN.

Konsert Swift diadakan pada 2, 3, 4, 7, 8 dan 9 Mac lalu. - Getaran, 15 April 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemuda Benar Kereta Dipandu Budak Bawah Umur Boleh Didenda RM50,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Premis Kerajaan Di JB Terima E-mel Ancaman Bom - Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir Kilat Di Johor Bahru Akibat Hujan Luar Biasa, Air Pasang

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM