Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Di Johor Bahru Akibat Hujan Luar Biasa, Air Pasang

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 2:08PM

Masjid Kolam Ayer di Taman Kolam Air antara lokasi terjejas dalam banjir kilat susulan hujan lebat yang melanda Johor Bahru, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Banjir kilat berlaku di sekitar bandar raya ini semalam, berpunca daripada taburan hujan yang sangat lebat, luar biasa serta pertembungan air pasang penuh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati hujan yang bermula jam 1.30 tengah hari hingga 5 petang itu melebihi 60 milimeter (mm) iaitu tiga kali ganda daripada kuantiti biasa antara 10 hingga 20mm.

"Semalam berlaku air pasang penuh sekitar 2.7 hingga 2.9 meter, jadi apabila Selat Johor air pasang, ditambah hujan lebat di kawasan Johor Bahru, air tidak boleh keluar walaupun semua pam air JPS dan pihak berkuasa tempatan (PBT) beroperasi tetapi masih tidak mencukupi untuk mengeluarkan kuantiti air yang banyak.

"Situasi itu menyebabkan 38 lokasi di bandar raya ini terjejas antaranya Jalan Ayer Molek, Jalan Kolam Air, Kampung Mohd Amin, Jalan Yahya Awal dan juga Dataran Bandaraya Johor Bahru," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Khas Mengatasi Banjir Kilat di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi mesyuarat itu pelbagai kaedah penyelesaian telah diputuskan bagi menangani masalah banjir kilat di Greater Johor Bahru (JB) yang merangkumi bandar raya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang dan Kulai.

Mohd Jafni berkata, antara keputusan telah ditetapkan adalah semua projek pembangunan di negeri ini terutamanya daripada segi keluasan parit dan kolam takungan akan mengambil kira kadar intensiti hujan melebihi 100mm.

"Jawatankuasa telah bersetuju bahawa kuantiti hujan yang biasa adalah 10 hingga 20mm dan semalam hujan adalah 60mm, jadi kita akan tingkatkan paras kepada 100mm.

"Ini bermakna apa sahaja pembangunan dibuat selepas ini mesti menjurus kepada 100mm. Langkah ini diambil bagi memastikan masalah banjir kilat tidak berulang pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM66.09 juta untuk mengatasi banjir di kawasan Greater JB tahun depan berbanding RM55.01 juta pada tahun ini.

Semalam, tular beberapa keping gambar dan video di media sosial memaparkan banjir kilat berlaku di sekitar bandar raya ini.

Hujan lebat yang berterusan selama dua jam bermula jam 12 tengah hari itu mengakibatkan beberapa kawasan perumahan serta jalan-jalan utama dinaiki air. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Fenomena ‘Swiftonomic’ Bantu Promosi Johor

4

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Politik 9 jam yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Politik 6 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar