web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan DBKL Kembalikan Semula Cadangan Projek Taman Rimba Kiara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 11:20AM

Taman Rimba Kiara - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengembalikan semula cadangan projek pembangunan Taman Rimba Kiara, di sini.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim mahkamah berkenaan, iaitu Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd, Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Menerusi keputusan sebulat suara itu, perintah pembangunan diperoleh pada tahun 2017 oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Pemaju Memang Perkasa Sdn Bhd bagi projek Taman Rimba Kiara adalah terbatal dan tidak sah.

Dengan keputusan itu, ia mengesahkan semula keputusan awal dibuat Mahkamah Rayuan pada Januari 2021 bagi membatalkan perintah pembangunan di kawasan berkenaan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan secara bersama Penyelaras Residen Kumpulan Kerja Selamat Taman Rimba Kiara, Leon Koay; Setiausaha Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Sivakumar Muniandy, mantan pengerusinya, Abdul Hafiz; mantan Timbalan Pengerusi, Clinton Ang dan mantan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI), keputusan itu adalah kemenangan besar bagi masyarakat di kawasan itu serta kejiranannya.

Katanya, ia memandangkan, penduduk tidak henti-henti dan komited memperjuangkan usaha memelihara Taman Rimba Kiara.

Mereka berkata, masih segar di ingatan kebanyakan penduduk bagaimana kumpulan itu melakukan bantahan pertama pada 2016, sebelum beberapa bantahan berikutnya diadakan sepanjang tahun sejak itu.

“(Kemenangan) Perjuangan yang panjang dan sukar ini dicapai kerana perpaduan kolektif, ketabahan dan komitmen kami untuk melindungi kawasan hijau TTDI daripada kuasa kepentingan komersial yang tidak mampan.

“Ia juga diperoleh menerusi sokongan padu Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan pasukannya yang tanpa jemu berjuang untuk kesejahteraan komuniti dan pemuliharaan Taman Rimba Kiara

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam kami yang cemerlang, Profesor. Datuk Gurdial S Nijar, Aliff Benjamin Suhaimi, Abraham Au, Christopher Leong, Phoebe Loi dan Joyce Pang atas keberanian dan usaha tanpa jemu, komitmen tidak berbelah bahagi serta ketabahan sepanjang lebih enam tahun lalu,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, selaras keputusan hari itu, mereka menyeru Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar baharu, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengekalkan pengawasan pentadbiran Kuala Lumpur melalui Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Pejabat PM, bagi melaksanakan beberapa perkara.

“Pertama, melaksanakan perumahan baharu dan kekal untuk 100 keluarga rumah panjang. Sekarang mari kita bekerjasama untuk menyediakan perumahan kekal mampu milik, berkepadatan rendah bagi penduduk rumah panjang di kawasan empat ekar perumahan itu yang sedia ada.

“Kami sebelum ini menggariskan pelan alternatif berdaya maju untuk menyediakan perumahan sedemikian untuk penduduk rumah panjang dan kami menyeru Datuk Bandar KL dan Perdana Menteri bekerjasama dengan kami dalam menyampaikan perkara sama.

“Perumahan kekal boleh dibangunkan tanpa perlu memusnahkan kawasan hijau bersebelahan di Taman Rimba Kiara,” katanya.

Selain itu, mereka turut meminta supaya pihak berkuasa terbabit menghormati Rancangan Struktur KL 2020 dan membiarkan Taman Rimba Kiara seperti sedia ada, iaitu berkonsepkan taman awam hijau yang cantik.

Tegas mereka, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan menjelaskan bahawa Pelan Struktur KL 2020 (diwartakan 2004) adalah berlandaskan sisi undang-undang.

Pelan Struktur KL 2020, katanya, mengenal pasti Taman Rimba Kiara sebagai taman bandar dan kawasan hijau awam.

“Kami menyeru Datuk Bandar dan Perdana Menteri memastikan semua tindakan yang perlu diambil untuk menunjukkan pematuhan kepada Pelan Struktur KL 2020.

“Semua tindakan pentadbiran yang cuba mengubah status zon/tanah Taman Rimba Kiara (dikenali sebagai PT 9244 ) adalah dimasukkan melalui Rancangan Tempatan KL 2020, mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan, terbatal dan tidak sah,” katanya.

Pada masa sama, mereka berkata, Status PT 9244 sebagai taman bandar dan kawasan hijau awam harus dipulihkan, baik dalam Rancangan Tempatan KL 2020 dan semua dokumen perancangan KL (sama ada semasa atau akan datang), termasuk Rancangan Struktur KL 2040.

“Sekarang mari kita fokus melakukan perkara betul, dengan bekerjasama menyediakan perumahan kekal untuk komuniti dan pada masa sama, memelihara Taman Hutan Kiara untuk generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, The Vibes melaporkan dalam keputusan berkenaan, Hakim Nallini menegaskan rayuan itu tidak mempunyai merit. – Getaran, 18 April 2023.

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad