web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketegasan Kerajaan Tadbir Negara Bantu Tingkat Pendapatan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 7:25AM

Anwar berkata ketegasan kerajaan mentadbir negara menerusi dasar-dasar diperkenalkan berjaya membantu meningkatkan hasil pendapatan Malaysia. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegasan kerajaan mentadbir negara menerusi dasar-dasar diperkenalkan berjaya membantu meningkatkan hasil pendapatan Malaysia.

Sebagai contoh, beliau berkata hasil yang diperoleh menerusi kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semakin bertambah dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, terutama cukai-cukai dikenakan ke atas golongan kaya.

"Lembaga Hasil Dalan Negeri memperoleh kutipan yang melonjak naik cukup tinggi dan angka akan diumumkan kemudian. Jadi maknanya bila kita lakukan satu sikap pendirian kita yang tegas tauke-tauke besar dan saudagar-saudagar kaya yang jarang nak bayar cukai penuh, semua kena bayar penuh sekarang.

Kita tunjukkan kita jangan bertolak ansur, orang bawahan kena bayar cukai, (tetapi) orang kaya, maha kaya cuba mengelak dari membayar cukai (sebelum ini). Kita bagi isyarat dua tiga bulan lalu dan hasil kita melonjak naik tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri MADANI di sini hari ini. 

Beliau berkata jika pendapatan negara terus meningkat, kerajaan mampu untuk memulangkan manfaatnya kepada rakyat termasuk penjawat awam. 

Perdana Menteri berkata jika pelaburan asing dan ekonomi negara bertambah baik dalam tempoh satu atau dua tahun, beliau memberi jaminan keutamaan akan diberikan kepada penjawat awam untuk menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Sementara itu, Anwar mengumumkan bahawa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri tahun ini tidak akan diadakan di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya.

Anwar berkata beliau dan anggota Jemaah Menteri, sebaliknya akan turun ke negeri-negeri dan menyertai majlis-majlis dianjurkan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri yang akan dimulakan dengan negeri ini di Alor Setar pada 29 April ini.

"Jadi kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar itu jauh lebih lazat daripada tempat lain," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata beliau sudah menghantar nama calon bagi mengisi jawatan Ketua Audit Negara kepada Yang di-Pertuan Agong dua minggu lepas.

Beliau berkata proses untuk menamakan calon jawatan itu perlu melalui beberapa prosedur sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semua proses sudah selesai. Ya, saya persembahkan dua minggu lepas...ada prosedur seperti dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.  katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan, 

Sebelum ini, jawatan Ketua Audit Negara disandang Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid sehingga 23 Feb lepas.

Turut hadir pada majlis itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad