web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gamer Dalam Talian Rugi RM95,700 Ditipu ‘Inspektor Maria’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 7:00AM

ACP Beh Eng Lai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penstrim permainan video kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata wanita berusia 30 tahun itu membuat lima transaksi pindahan wang ke akaun berasingan berjumlah RM95,700 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa dirinya ‘Inspektor Maria’ dari Bukit Aman.

“Pada 2 petang semalam, wanita berkenaan menerima panggilan didakwa dari Ibu Pejabat Pos Malaysia Berhad yang memberitahu kononnya dia ada membuat penghantaran dua keping kad ATM (mesin juruwang automatik), sebuah buku cek dan sebuah token bank kepada individu tertentu.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang individu lain mendakwa dirinya sebagai Inspektor Maria dari Bukit Aman yang memberitahu mangsa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan mengarahkan mangsa membuat transaksi pindahan wang ke akaun ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Eng Lai berkata wanita itu kemudian menyedari dia ditipu setelah menceritakan peristiwa tersebut kepada rakannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad