web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRASARANA Laksana KPI Baharu Lebih Terbuka, Pantau Penyelenggaraan Tren

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 9:00AM

Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Prasarana Malaysia Berhad akan melaksanakan sistem indeks prestasi utama (KPI) baharu yang bertujuan untuk memantau dan menjamin penyelenggaraan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) yang lebih baik.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata KPI yang dinamakan dinamakan Ukuran Kilometer Sebelum Kegagalan (MKBF) itu adalah pendekatan yang akan digunakan untuk menilai kestabilan dan perjalanan tren sebelum kerosakan berlaku, dan ia juga telah dilaksanakan di beberapa buah negara.

Beliau berkata KPI itu yang bersifat terbuka, akan dipapar dan dikemas kini secara bulanan di laman web dan media sosial Prasarana untuk makluman serta penilaian orang awam, bermula bulan depan.

“Sekarang kita mengalami satu situasi yang tidak memuaskan, MKBF untuk laluan LRT Kelana Jaya adalah 150,000 (kilometer), iaitu kadar kerosakan berlaku dalam kadar 150,000 kilometer perjalanan tren... itu angka yang tidak memuaskan.

“Jadi sasaran MKBF kita menjelang suku tahun ketiga 2026 ialah satu juta, iaitu kerosakan tren hanya akan berlaku selepas satu juta kilometer perjalanan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana di sini semalam.

Loke berkata sasaran itu akan dicapai secara berperingkat, dan beliau yakin perkhidmatan tren akan bertambah baik susulan penambahan gerabak baharu mulai Ogos ini.

“MKBF juga merujuk kepada gangguan teknikal melebihi lima minit ... maksudnya kalau ada kelewatan atau gangguan tren lima (minit) ke atas, dikira sebagai satu kerosakan dan akan dinilai melalui MKBF,” katanya.

Beliau berkata selain itu, laporan jumlah penumpang, faktor perjalanan, kemudahan eskalator dan lif juga akan dipaparkan secara terbuka menerusi laporan mingguan di platform sama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad