web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skop MED4IR Dikembang Luas Pastikan Ekonomi Digital Dinikmati Semua - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2023 7:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Skop Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (MED4IR) akan dikembang luaskan untuk memastikan Malaysia berkeupayaan menyediakan dasar dan aspek pelaksanaannya yang mantap agar ekonomi digital dapat dinikmati semua.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara itu dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri semalam memandangkan skop dan fungsi MED4IR sebelum ini agak terbatas.

“Jadi, kita (Kabinet) telah putuskan bahawa kita akan kembangkan skop (MED4IR) bukan hanya untuk meneliti aspek dasar dan polisi, tetapi berusaha untuk menyelesaikan perkara yang praktikal dan masalah yang ditimbulkan pihak industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan dan berbuka puasa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Menterinya Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin.

MED4IR akan dipengerusikan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, manakala Fahmi adalah seorang daripada anggota majlis berkenaan.

Fahmi berkata mengembangkan skop MED4IR akan menjadikan ia lebih efektif memandangkan majlis itu mengumpulkan sejumlah menteri dan melibatkan pelbagai kementerian.

“MED4IR mampu menyediakan satu ruang untuk kementerian yang terlibat dalam ekonomi digital untuk menyelesaikan sesuatu isu itu secara bersama,” katanya.

Fahmi berkata landskap ekonomi digital semalam berkembang pesat dan memerlukan strategi baharu untuk kekal relevan dalam meningkatkan pemulihan ekonomi negara, justeru fungsi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan dipertingkat termasuk menerusi beberapa program seperti Jelajah Saya Digital.

“Ini bagi memastikan kita berjaya melaksanakan rangkaian telekomunikasi dan Internet yang lebih baik melalui program seperti Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dan ‘Point of Presence’ (PoP). Rakyat Malaysia juga akan lebih celik digital supaya tidak menjadi mangsa scam, faham manfaat, memaksimumkan peluang meraih pendapatan yang lebih tinggi, di samping menjamin keselamatan mereka dalam menggunakan ekonomi digital,” katanya.

Menurutnya KKD juga akan mengusahakan 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu tahun ini serta memastikan sekurang-kurangnya satu PEDi di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang akhir tahun atau awal tahun hadapan supaya proses melibatkan setiap rakyat dalam ekonomi digital berjalan lancar.

Sementara itu, majlis berbuka puasa tersebut turut meraikan 90 anak yatim dari Pusat Jagaan Mesra Assalam, Yayasan Noor Manzil dan Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad