web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FAMA Buka 103 Pasar Tani Bagi Jualan Khas Syawal Madani Mulai 15 April

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 9:00AM

Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri (tengah) mengacau bubur lambuk di Pasar Tani Kekal Bukit Gambir, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membuka sejumlah 103 pasar tani di seluruh negara bagi melaksanakan Jualan Khas Syawal Madani mulai 15 April ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Abdul Rashid Bahri, yang menanggung kerja Ketua Pengarah FAMA, berkata pasar tani itu yang memfokus kepada jualan barangan keperluan bagi menyambut Aidilfitri, akan beroperasi selama enam hari hingga 20 April dengan harga barangan yang berpatutan.

Beliau berkata pasar tani itu, yang menyasarkan jualan sebanyak RM12.5 juta, akan dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di Pasar Tani Kelana Jaya pada 15 April.

“Antara barangan yang akan dijual di pasar tani itu ialah daging, ayam dan sayur-sayuran manakala menjelang hari raya, kita akan menjual daun kelapa untuk dibuat ketupat,” katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Semarak Ramadan Kerjasama Strategik FAMA-Bank Rakyat 2023 Peringkat Negeri Johor di Pasar Tani Kekal Bukit Gambir di sini semalam yang turut dihadiri Pengarah FAMA Negeri Shahrizan Sudiman.

Abdul Rashid juga berkata pihaknya yakin barangan keperluan untuk menyambut ketibaan Syawal yang dijual di pasar tani itu mencukupi dan pemantauan secara ‘turun padang’ akan dilakukan.

Menyentuh program itu, beliau berkata ia adalah untuk meraikan peniaga pasar tani dan warga kerja FAMA sempena bulan Ramadan serta Syawal.

“Pemberian kit makanan oleh FAMA dan Bank Rakyat dalam program ini melibatkan 4,000 keluarga di seluruh negara dengan 200 penerima di Johor,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran