web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perak Nafi Perlombongan Pasir Punca Gangguan Air Di Manjung, Perak Tengah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 3:44PM

Mohammad Nizar berkata sebaliknya masalah itu berlaku ekoran rebakan tanah di benteng sungai berhampiran loji itu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Perak menafikan dakwaan aktiviti mengorek pasir di Sungai Perak sebagai punca berlaku pergerakan tanah di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sekali gus menjejaskan 79,360 akaun pengguna air di daerah Manjung dan Perak Tengah, 31 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata sebaliknya masalah itu berlaku ekoran rebakan tanah di benteng sungai berhampiran LRA itu yang mengakibatkan tekanan pada paip air sehingga terputus bekalan.

“Kalau benar ada aktiviti menggali pasir, sudah tentu kita (Kerajaan Perak) dapat kesan dan kenal pasti dari awal lagi.

“Ia lebih kepada pergerakan tanah di benteng sungai (berhampiran LRA Teluk Kepayang) mengakibatkan benteng sungai itu pecah seterusnya memberi tekanan kepada paip air yang tersembunyi di sebalik benteng sungai,” katanya kepada media selepas Program Bantuan Meriah Aidilfitri Kerajaan Perak di sini hari ini.

Pada 1 April lepas, seorang aktivis alam sekitar memuat naik ciapan di Twitter mendakwa punca paip air mentah di LRA Teluk Kepayang pecah disebabkan aktiviti mengorek pasir di sepanjang Sungai Perak.

Mohammad Nizar memberi jaminan kejadian sama tidak akan berulang terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang dijangka 22 April ini.

“Kita telah buat pemulihan secara keseluruhannya khusus untuk kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ini dan saya fikir ia mampu bertahan,” katanya.

Mengulas mengenai program hari ini, Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata seramai 150 penerima terdiri daripada golongan B40 menerima bantuan berbentuk baucar bernilai RM150 serta kotak mengandungi barang keperluan harian.

Beliau berkata bantuan berkenaan diharap mampu meringankan beban semua penerima dalam membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Empangan Berisiko Timbulkan Masalah Sumber Air Kepada LRA - SPAN

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Selangor Bina Infrastruktur Salur Air Mentah Dari Kolam Secara Sistematik - Exco

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LRA Sungai Semenyih Beroperasi Semula, Bekalan Air Diagih Berperingkat

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kelantan Peruntuk RM141.2 Juta Ganti Paip Di 4 Jajahan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad