web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selangor Bina Infrastruktur Salur Air Mentah Dari Kolam Secara Sistematik - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:38PM

Izham Hashim berkata projek berbentuk langkah jangka masa panjang jaminan sumber air kepada ketiga-tiga negeri itu dijangka siap akhir tahun ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) akan membina infrastruktur khas bagi mengalirkan sumber air mentah dari kolam secara lebih sistematik ke Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai usaha menangani masalah kualiti dan kuantiti sumber air.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata kemudahan tersebut merangkumi pemasangan pam berkapasiti 3,000 juta liter sehari (JLH), pembinaan rumah pam, paip air mentah dan struktur pintu air boleh laras yang dikawal secara automatik di Sungai Selangor. 

Katanya projek berbentuk langkah jangka masa panjang jaminan sumber air kepada ketiga-tiga negeri itu dijangka siap akhir tahun ini dan membolehkan air terus dapat dibekalkan walaupun terdapat permasalahan kualiti sumber air mentah.

"SJAM adalah antara langkah penyelesaian bagi insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah dari hulu sehingga ke hilir sungai yang merangkumi komponen antaranya; hukuman pesalah yang lebih berat melalui Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999 pindaan 2020.

"Ia juga meliputi pemantauan dan pengawasan 24 jam melalui Skuad Pantas LUAS di kawasan sensitif sumber air di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat, pengepaman sumber air mentah alternatif dari kolam takungan Sistem Peningkatan Hibrid Pinggir Sungai (HORAS) 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Izham berkata pengaktifan segera SJAM berjaya menghalang henti tugas di tiga loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) pada 7 pagi, Khamis lepas selepas Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) mengesan permasalahan kualiti air mentah berpunca daripada peningkatan ammonia (AN) di lokasi tersebut.

Katanya air mentah alternatif dipam ke Sungai Selangor daripada HORAS 600 sebanyak 500 JLH dengan jarak 2 kilometer (km) dan sejam perjalanan aliran ke muka sauk LRA, diikuti dengan penyaluran air kolam alternatif KL Larut sebanyak 384 JLH secara graviti dengan jarak 3km dan 1.5 jam perjalanan aliran. 

"Pengepaman air mentah alternatif ini bertujuan untuk meningkatkan kadar pencairan sungai dan mengekang kepekatan AN. Pintu baraj di LRA juga diturunkan oleh pihak Air Selangor bagi mempercepatkan aliran tercemar mengalir melepasi muka sauk LRA.

"Sehingga pagi ini, sebanyak 516 juta liter air mentah alternatif telah disalurkan ke Sungai Selangor serta berjaya mengawal dan mengekang pencemaran tersebut," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangor

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti