web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelantan Peruntuk RM141.2 Juta Ganti Paip Di 4 Jajahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 1:48PM

Penggantian paip itu membabitkan jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM141.2 juta bagi kerja penggantian paip lama sepanjang 226 kilometer (km) di empat jajahan sejak 2019 yang dijangka siap pada 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor berkata penggantian paip itu membabitkan jajahan Tanah Merah, Kuala Krai, Kota Bharu dan Machang.

"Selain itu, terbaharu di bawah pakej tiga melibatkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Timur, Tumpat, Kota Bharu 11 dan Kota Bharu Selatan pula dalam proses penyediaan dokumen tender melibatkan penyediaan paip sepanjang 95km dan dijangka siap pada 2024," katanya.

Beliau menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) yang ingin tahu perkembangan terkini proses penukaran paip di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Azami berkata pembinaan telaga di Loji Rawatan Air (LRA) Tanjong Mas di bawah pakej satu telah mencapai kemajuan sebanyak 77 peratus.

"Di bawah pakej dua pembinaan LRA Tanjong Mas, perancangan kita (Kerajaan Kelantan) adalah membabitkan kapasiti air sebanyak 30 juta liter sehari dan tender dijangka pada bulan ini," katanya.

Azami berkata bagi cadangan menaik taraf sistem Loji Merbau Chondong pula ia masih dalam proses permohonan peruntukan pinjaman dan dijangka siap pada 2024.

"Loji Merbau Chondong dapat mengeluarkan air bersih sebanyak 60 juta liter sehari sekali gus dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Pulai Chondong khususnya dan sebahagian besar di negeri in.

"Kerajaan negeri akan melakukan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah bekalan air bersih di kawasan berkenaan dengan menyiapkan baki kerja di loji itu membabitkan peruntukan RM1.7 juta dan permohonan sudah dibuat kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad