web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


LRA Sungai Semenyih Beroperasi Semula, Bekalan Air Diagih Berperingkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 11:54AM

LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih kembali beroperasi selepas pencemaran bau merekodkan bacaan tahap kosong sebanyak tiga kali berturut-turut.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pengoperasian semula ini membabitkan proses pembersihan dan rawatan air yang dijangka akan mengambil masa kira-kira 12 jam.

“Sejurus itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna di kawasan terlibat akibat penutupan LRA berkenaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, bau dua ton masih dikesan di muka sauk LRA Bukit Tampoi setakat jam 8 pagi tadi.

“Loji ini hanya boleh mula beroperasi semula setelah bacaan kosong ton direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut,” katanya.

Tambahnya lagi, Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan terus menjalankan pemantauan rapi ke atas kualiti air sungai di kawasan insiden pencemaran agar LRA Bukit Tampoi dapat beroperasi semula dengan segera.

Semalam, dua LRA itu dihenti tugas akibat tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut telah menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berikutan insiden pencemaran bau itu menyebabkan 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ atau menerusi aplikasi Air Selangor. – Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

2

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Empangan Berisiko Timbulkan Masalah Sumber Air Kepada LRA - SPAN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Petaling, Kuala Lumpur, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air Pada 10 Oktober

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Perak Nafi Perlombongan Pasir Punca Gangguan Air Di Manjung, Perak Tengah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik