web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Disaran Pertimbang Jadikan Merokok, Vape Kesalahan Syariah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 1:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kerajaan harus mempertimbang untuk menjadikan amalan merokok dan vape sebagai kesalahan syariah bagi melarang umat Islam di negara ini, melakukan aktiviti tidak sihat seperti itu, kata Muzaffar Syah Mallow.

Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, cadangannya terbabit perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memerangi merokok dalam kalangan masyarakat, khususnya membabitkan umat Islam.

“Kemudaratan merokok datang dari banyak bahan kimia toksik dalam daun tembakau semula jadi dan yang terbentuk dalam asap daripada pembakaran tembakau. Menurut ramai penyelidik, kira-kira separuh daripada perokok, mati akibat kerana kesan daripada merokok. Merokok membahayakan hampir setiap organ badan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muzaffar Syah berkata, banyak kajian menunjukkan merokok membawa kepada pelbagai penyakit yang membahayakan jantung, hati dan paru-paru seperti penyakit jantung, strok, penyakit pulmonari obstruktif kronik, kanser paru-paru, kanser larinks (kotak suara) dan mulut serta kanser pankreas.

Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa tembakau membunuh lapan juta orang setiap tahun sejak 2019 dan mencatatkan 100 juta kematian sepanjang abad ke-20.

Beliau menyatakan, penggunaan e-rokok dikaitkan dengan kerosakan pada paru-paru, sistem kardiovaskular dan otak.

Jelasnya, kajian 2022 oleh beberapa penyelidik Barat mendapati, penyedutan wap yang kerap dalam e-rokok mempunyai korelasi positif dengan kekerapan dan keterukan asma serta penyakit paru-paru obstruktif.

Kajian sama juga mendapati, korelasi positif berlaku antara penggunaan e-rokok dan keadaan perubatan seperti infarksi miokardium, penyakit arteri koronari serta strok.

“Berhubung dengan otak, wap dalam e-rokok boleh menyebabkan kerosakan pada neuron dalam otak yang sedang berkembang. Ini boleh menjejaskan proses membuat keputusan yang membawa kepada keputusan impuls lebih kerap,” tambahnya.

Selain itu, Muzaffar Syah mengingatkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 Mac 1995, sudah membincangkan isu ‘Merokok dari perspektif Islam’ dan bersetuju memutuskan ‘Merokok adalah haram dalam Islam kerana ada kemudaratan’.

“Walaupun Islam jelas menerangkan bahaya merokok dan vape melalui fatwa, masih ada umat Islam di negara ini memandang ringan isu tersebut.

“Justeru, langkah drastik perlu diambil kerajaan dalam isu ini. Ia boleh dilakukan secara mudah dengan mempunyai perundangan jelas dan betul mengenai perkara ini, iaitu dengan menjadikan merokok dan vape sebagai kesalahan syariah,” katanya.

Pada masa ini, Muzaffar Syah berkata, negara mempunyai Akta Kesalahan Syariah dan enakmen yang menetapkan banyak jenayah Syariah, tetapi tidak ada khusus mengenai merokok serta vape.

Beliau berkata, satu-satunya seksyen untuk merokok adalah di bawah Seksyen 15, iaitu kesalahan tidak menghormati sepanjang Ramadan.

Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] dengan jelas menyatakan bahawa ‘Mana-mana orang berpuasa dalam bulan Ramadan yang (a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau tembakau lain untuk dimakan serta-merta pada masa itu; atau (b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau merokok, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kedua atau seterusnya, kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, beliau berkata, adalah lebih baik jika Malaysia boleh memasukkan seksyen khusus dalam kesalahan jenayah syariah untuk menjadikan merokok dan vape sebagai kesalahan.

Tambahnya, ia bertujuan untuk menyampaikan mesej tegas kepada semua orang, khususnya umat Islam di negara ini mengenai bahaya dan larangan merokok serta vape. - Borneo Post Online, 9 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

RUU Produk Kawalan Rokok Agenda Utama Dewan Rakyat Hari Ini

3

Kolum 2 tahun yang lalu

KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tangguh Dulu Pengecualian Cecair Vap Nikotin Daripada Akta Racun 1952

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad