web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Wajar Pertimbang 'Jalan Tengah' Dalam RUU Kawalan Rokok

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 11:18AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini Peguam Negara, menerusi satu kenyataan akhbar, telah menyatakan bahawa peruntukan generasi penamat  (GEG) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 boleh dicabar di mahkamah.

Dengan kata lain, sekiranya RUU ini menjadi undang-undang kelak, ada kemungkinan besar ia tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah iterasi awal RUU tersebut, adalah dicadangkan bahawa mereka yang dilahirkan pada tahun 2007 dan selepasnya, dihalang daripada membeli dan menggunakan produk tembakau seperti rokok dan vape.

Niat peruntukan tersebut sememangnya mulia dan wajar dipuji. Seperti yang sedia maklum, merokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik, termasuk kanser paru-paru, penyakit kardiovaskular, serta pernafasan. Ini adalah fakta yang di dokong oleh penyelidikan saintifik. Setiap tahun, dikatakan kira-kira 27,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat merokok dan penyakit berkaitan.

Ini menjadi beban besar kepada negara dari segi kehilangan produktiviti dan kos perubatan, selain daripada impak sosial, contohnya apabila sesebuah keluarga kehilangan ibu atau bapa yang mempunyai anak-anak yang kecil.

Dengan kata lain, komponen GEG dapat mengurangkan secara mendadak kesan negatif tabiat merokok di dalam jangka masa panjang. Untuk ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan mantan Menteri Kesihatan kerana berpandangan jauh dalam memajukan idea ini demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun, memandangkan Pejabat Peguam Negara berpendapat bahawa terdapat kekangan undang-undang sekiranya peruntukan GEG dimasukkan di dalam RUU ini, Kementerian Kesihatan wajar mempertimbang untuk mengasingkan peruntukan tersebut buat masa ini.

Berdasarkan laporan media, RUU  ini bukan hanya berkisar tentang GEG semata-mata, walaupun komponen tersebut sering mendapat liputan media yang luas. RUU ini juga bertujuan untuk mengawal selia dengan lebih rapi jualan produk tembakau, menyahnormalkan (denormalise) budaya merokok, dan melarang jualan produk merokok, termasuk produk rokok konvensional dan e-rokok, kepada kanak-kanak. Ini adalah langkah-langkah penting untuk mengurangkan impak negatif merokok dan vape.

Antara aspek terpenting RUU ini adalah peruntukan untuk mengawal vape dengan lebih ketat. Sejak awal tahun ini, nikotin cecair telah dikeluarkan daripada Akta Racun 1952. Ini pada dasarnya membolehkan sesiapa sahaja - tanpa mengira umur - untuk membeli dan menggunakan produk yang mengandungi nikotin cecair, seperti vape.

Seperti yang sedia maklum, industri vape bernilai berbilion dolar dan ramai golongan muda kini sudah tertagih dengan tabiat ini, yang mungkin memudaratkan kesihatan pada masa depan (saintis mengambil masa berpuluh tahun sebelum membuktikan hubungkait antara merokok dan kanser paru-paru).

Vape perlu diawasi dan dikawal selia dengan ketat lagi dan mereka yang berumur di bawah 18 tahun tidak boleh lagi diberikan akses sewenang-wenangnya kepada produk-produk ini, termasuk tembakau yang dipanaskan. Kerajaan tidak boleh menggadai kesihatan rakyat, terutamanya generasi muda. Lacuna undang-undang berkaitan dengan produk-produk seperti vape perlu ditutup dengan segera. Inilah sebabnya Kementerian Kesihatan perlu tegas dalam membentangkan RUU ini secepat mungkin. Bila diluluskan nanti, InsyaAllah, undang-undang ini dapat memperketatkan lagi peraturan berkaitan merokok dan mengisi lacuna berkaitan produk vape. 

Mengenai komponen GEG pula, Kementerian Kesihatan wajar mempertimbang untuk mengasingkan peruntukan ini dari RUU buat masa ini -- sehingga satu penyelesaian dapat dicari, contohnya pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Kementerian Kesihatan tidak boleh menangguhkan pembentangan RUU yang amat penting ini di Parlimen lagi. Mengasingkan komponen GEG daripada RUU - untuk sementara waktu - adalah pendekatan pragmatik yang dapat mengisi keperluan kritikal semasa serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia dalam jangka panjang.

Razif Abdul Shukor
Subang Jaya

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 minggu yang lalu

Selangor Perlu Bijaksana: Periuk Nasi Rakyat Jangan Dijadikan Korban

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Jika Ini Benar, Maka Kriket Malaysia Memasuki Wilayah Berbahaya!

3

Kolum 4 bulan yang lalu

Lembaga Keamanan Trump Bukan Inisiatif Perdamaian

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Malaysia Adalah Untuk Semua Tanpa Prejudis 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

oleh Datuk Dr Xavier Jayakumar Arulanandam