web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 8 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 9 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Adalah Untuk Semua Tanpa Prejudis 

Kolum Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2025 2:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perpaduan hanya dapat dikecapi melalui satu pendekatan holistik bagi rakyat. Semangat kenegaraan harus dijadikan azimat setiap insan dalam mengharungi cabaran dan dugaan sebagai satu masyarakat majmuk di Malaysia.

Adakah semangat kebersamaan kita semakin rapuh hingga begitu mudah untuk melaga-lagakan satu sama lain? Pentas politik objektifnya untuk mendapatkan sokongan pengundi, tetapi adakah martabat manusiawi kita begitu rendah sehingga sanggup memecah-belahkan umat melalui politik kebencian?

Pencapaian negara selama tiga tahun ini seolah-olah semua terlepas pandang kerana memang tidak mudah untuk memuaskan hati manusia. Belum sempurna tetapi keazaman kerajaan adalah untuk mengejar kesempurnaan itu amat jelas berbanding terdahulu.

Jika keadaan ekonomi menjadi pengukur, Malaysia mencapai kemajuan yang ketara pada suku ketiga, berkembang sebanyak 5.2 peratus, iaitu peningkatan suku tahunan paling kukuh sejak 2022. Kita sedang berada di landasan yang baik untuk mencapai sasaran pertumbuhan tahun penuh antara 4.0 dan 4.8 peratus. 

Hubungan dagang dengan dua negara utama Amerika Syarikat dan China, memerlukan pendekatan pragmatik dan berdiplomasi di mana realitinya kita harus mengukur baju di badan sendiri. Namun, konteks hasil rundingan sering dilihat dari sudut mikro oleh segelintir pihak untuk dijadikan senjata politik. Kita raikan kewujudan pembangkang dalam memastikan semak dan imbang polisi kerajaan, tetapi seelok-eloknya berikan buah fikiran yang menjurus kepada penyelesaian.

Pendidikan bukan sahaja bergantung kepada sukatan pelajaran di sekolah tetapi pembagunan sahsiah secara menyeluruh. Penguasaan bahasa kebangsaan tidak harus dipertikaikan kerana itulah nadi perpaduan. 

Kewujudan bahasa ibunda juga diraikan di samping menyedari hakikat bahawa tanggungjawab kita semua adalah untuk memupuk semangat perpaduan. Jangan biarkan diri termakan hasutan dengan meremehkan perkara dasar kerana kita semua mahukan yang terbaik bagi masa depan anak-anak. 

Kadangkala kita leka dengan nikmat kebebasan di tanah air sehingga lupa untuk menginsafi pengorbanan yang dilakukan oleh generasi sebelumnya. Setiap kepelbagaian harus diraikan dengan meyakinkan anak-anak kita bahawa Malaysia adalah untuk semua tanpa prejudis. 

Tunjukkan amalan yang membawa keberkatan dan berikan keyakinan kepada generasi seterusnya kita tidak akan bertoleransi dengan sebarang kezaliman dan kedayusan puak yang cenderung memecahbelahkan masyarakat demi kepentingan diri.

Syukur bersama. Seiring melangkah.

Aidi Amin Yazid

Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Selangor Perlu Bijaksana: Periuk Nasi Rakyat Jangan Dijadikan Korban

2

Kolum 4 bulan yang lalu

Jika Ini Benar, Maka Kriket Malaysia Memasuki Wilayah Berbahaya!

3

Kolum 6 bulan yang lalu

Lembaga Keamanan Trump Bukan Inisiatif Perdamaian

4

Politik 8 bulan yang lalu

‘Ahli Politik, Ubah Pemikiran Jika Mahu Reformasi Mutlak’ - Aidi Amin

Sorotan

1

Robot Humanoid Dijangka Sertai Sambutan Hari Kebangsaan

2

Audit Forensik Felda Dibawa Ke Mesyuarat Kabinet - PM 

3

Bau Busuk Jadi Petunjuk, Polis Temui Mayat Wanita Berikat

4

Jerebu Semakin Buruk, 32 Kawasan Catat Bacaan Tidak Sihat

5

20 Warga China Direman 4 Hari, Disyaki Terlibat Sindiket 'Love Scam'

6

‘Roller Coaster’ Rosak Di Taman Tema, 10 Penumpang Cedera