web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dasar Kerajaan Perpaduan Mesti Amal Keseimbangan Mengikut Al-Quran - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:36PM

Anwar berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.

Beliau berkata ini bagi memastikan pelaksanaan dasar secara menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat.

“Sebab itu tidak boleh langgar segala bukit bukau dirobohkan, pokok balak ditebang sesuka hati, jahanam kerana tiada equilibrium atau keseimbangan (diamalkan)… bila kerosakan berlaku, (bencana) akan selalu menimpa rakyat terutama rakyat yang lebih rendah kedudukan mereka atau miskin.

“Apabila seseorang itu diamanahkan atau dilantik (sebagai) menteri, beliau mewakili semua rakyat maknanya keluhan rakyat mesti didengar dan dasar kerajaan mesti mengambil kira perimbangan yang disebut dalam al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Nur Ramadan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri juga berkata pemimpin Melayu dan Islam tidak seharusnya hanya berbicara mengenai soal hidup bangsa Melayu dan berjuang menggunakan agama Islam sebaliknya perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

“Biar orang tengok ada orang Melayu yang bersih dan tidak korup, menjaga serta prihatin terhadap nasib orang yang susah dan miskin,” katanya.

Sempena Hari Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini, Anwar menyeru umat Islam supaya memanfaatkan ia dengan membaca, menghadam dan seterusnya memahami ayat-ayat dalam kitab suci itu.

Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan wang tunai RM200 kepada setiap 300 asnaf dan fakir miskin bagi Parlimen Lembah Pantai dengan jumlah keseluruhan penerima sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini ialah 3,300 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad