web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayah Pula Meninggal Dunia, Keluarga Tragedi Ikan Buntal Mahu Ambil Tindakan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 9:12PM

Kenangan Ai Lee (tengah) bersama mendiang ibunya Siew Guan (kiri) dan ayahnya, Kuai Sin. - Gambar ihsan Ng Ai Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki warga emas yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 25 Mac lalu akibat keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal meninggal dunia hari ini.

Anak mangsa, Ng Ai Lee, 51, ketika dihubungi Getaran mengesahkan, ayahnya Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, meninggal dunia pada jam 6.10 pagi tadi selepas 15 hari koma dan bertarung nyawa di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.

Susulan itu, Ai Lee berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pembekal ikan beracun itu, termasuk mengheret mereka ke mahkamah agar tragedi sama tidak berulang.

“Saya berharap tindakan mahkamah akan diambil terhadap penjual yang sanggup merisikokan nyawa orang lain demi kepentingan sendiri dan keuntungan semata-mata.

“Saya berharap tragedi menimpa kedua ibu bapa saya dapat mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memilih makanan terutama jika ia mempunyai risiko yang telah diketahui,” katanya.

Pada masa sama, Ai Lee menggesa kerajaan untuk mewujudkan peraturan terperinci bagi mengawal penjualan ikan buntal.

“Sudah tiba masanya individu yang menjual atau pengendali makanan berasaskan hidupan laut itu diwajibkan memiliki lesen dengan latihan yang ketat bagi mengurangkan risiko kematian,” katanya. 

Wanita itu turut berharap tragedi berkenaan mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar dapat membantu membela nasib mendiang ibu bapanya.

“Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon bantuan Tunku (Sultan Ibrahim) supaya tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap insiden yang menimpa keluarga saya,” katanya.

Terdahulu, berita kematian warga emas berusia 84 tahun itu dimaklumkan Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, pesakit dipindahkan ke Wad Perubatan pada 5 April lalu, dalam keadaan sedar dengan tanda vital pesakit stabil.

Namun katanya, pesakit masih perlu bernafas dengan bantuan alat pernafasan dan diberi makanan melalui tiub.

“Pada 8 April (hari ini) sekitar jam 5.20 pagi, pesakit dikesan dalam keadaan tidak responsif ketika jururawat sedang menguruskan pesakit lain.

“Bantuan kecemasan diberikan serta-merta dengan kehadiran Pegawai Perubatan selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.20 pagi,” katanya.

Mengulas lanjut, Tian Soon berkata, mayat mangsa diserahkan kepada Unit Forensik sebelum dituntut waris pada hari yang sama.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telahpun mengambil tindakan ketika pelaporan kes pertama diterima dengan menjalankan siasatan di lapangan, mengenal pasti pembekal, pemborong dan penjual yang terbabit di dalam urusniaga ikan buntal ini.

“Pejabat Kesihatan Daerah yang berkaitan juga telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya.

Dalam pada itu, Tian Soon berkata, beberapa perbincangan dengan Jabatan Perikanan dan beberapa universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perikanan, toksin atau racun diadakan bagi mendapatkan penyelesaian secara menyeluruh mengenai tragedi tersebut.

“Maklumat berkaitan ikan buntal juga dikongsikan di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM) pada 29 Mac hingga 1 April lalu.

“Justeru itu, JKNJ meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, isteri Kuai Sin, Lim Siew Guan, 83, mengalami gejala sesak nafas dan menggigil pada jam 5 petang selepas makan hidangan ikan buntal sebelum disahkan maut dua jam kemudian.

Ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut 'ikan fugu' tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia, dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau. – Getaran, 8 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan