web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera Pengasuh Di Seri Kembangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 7:12AM

Polis berkata suspek seorang wanita tempatan berusia 24 tahun adalah kenalan kepada ibu kanak-kanak terbabit yang bekerja di Singapura dan mula mengasuh mereka sejak Mac tahun lepas - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh mereka dalam kejadian di Seri Kembangan seperti dalam sebuah video yang tular Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata suspek seorang wanita tempatan berusia 24 tahun adalah kenalan kepada ibu kanak-kanak terbabit yang bekerja di Singapura dan mula mengasuh mereka sejak Mac tahun lepas. 

"Berikutan video tular itu, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pengadu daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan setelah menerima aduan orang awam mengenai kejadian kanak-kanak dipukul di rumah suspek.

"Setelah mendengar cerita pengadu, ibu kanak-kanak tersebut telah meminta bantuan seorang kawannya untuk mengambil mereka dari rumah pengasuh… dan setelah mereka diambil, terdapat kesan lebam dan kesan rotan di seluruh badan mangsa," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada hari yang sama untuk rawatan sebelum dibenarkan keluar semalam.

Anbalagan berkata polis telah menahan suspek sebelum dibebaskan dengan jaminan polis namun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor juga telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan kini memantau kes tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kes jenayah kekerasan atau penderaan diminta untuk segera membuat laporan di mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad