web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


China Berminat Labur Di Malaysia Kerana Percayakan PM, Bukan Seperti Pembangkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 9:32PM

Guan Eng berkata, kepercayaan terhadap Perdana Menteri mengemudi kerajaan yang cekap dapat dilihat apabila inflasi terus menjadi sederhana kepada 3.7 peratus pada Februari lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Minat pelaburan yang besar dari China dan negara lain terhadap Malaysia, menunjukkan kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, kepercayaan terhadap Perdana Menteri mengemudi kerajaan yang cekap, inklusif, kepelbagaian, telus dan bertanggungjawab dapat dilihat apabila inflasi terus menjadi sederhana kepada 3.7 peratus pada Februari lalu.

Katanya, ia berbeza dengan ke tidak rasional rangka kerja ekonomi pembangkang yang terdiri daripada cadangan melampau, termasuk mencetak wang untuk diberikan kepada golongan miskin atau merungkai sepenuhnya pasaran kewangan serta modal sedia ada.

“Tidak dinafikan bahawa sekiranya perancang ekonomi yang tidak rasional itu berkuasa dan bukannya Kerajaan Perpaduan semasa, tidak akan ada kepentingan pelaburan RM170 bilion dari China.

“Malah, sebarang peningkatan dalam prospek pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 oleh Asian Development Bank (ADB) untuk Malaysia kepada 4.7 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

ADB sebelum ini menaikkan taraf prospek pertumbuhan KDNK 2023 Malaysia kepada 4.7 peratus, berbanding 4.3 peratus ketika wujud kebimbangan mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan berkata, Laporan Tinjauan Pembangunan Asia April 2023 menunjukkan, prestasi ekonomi Malaysia tahun ini bergantung kepada pertumbuhan lebih kukuh di China.

Katanya, ia turut disokong dengan pemulihan dalam sektor pelancongan, selain sokongan berterusan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan domestik dan inflasi rendah.

“China ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dan pembukaan semula sempadan China selepas pandemik COVID-19 akan membantu menjana kedua-dua eksport dan pelaburan.

“Kejayaan Perdana Menteri adalah menarik pelaburan dari China dalam lawatannya, sehingga menghasilkan komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan di China dan Malaysia.

“Ini juga akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mencipta pekerjaan baharu,” katanya. - Getaran, 6 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan