web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Data Tanah Rizab Melayu Dikemuka Di Dewan Rakyat Adalah Bagi 2022 - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 6:36PM

Nik Nazmi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata data Tanah Rizab Melayu di Kedah yang dikemukakannya di Dewan Rakyat adalah data yang diperoleh daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) setakat tahun lepas.

Nik Nazmi pada sidang Dewan Rakyat pada 29 Mac lepas dilaporkan menyatakan tanah rizab Melayu di Kedah menurun dan kenyataan itu bagaimanapun dinafikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semalam, beliau memaklumkan telah menghantar surat penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sebagai maklum balas kepada usul merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Secara jelas saya menyatakan bahawa jawapan saya ini berdasarkan jawapan yang disediakan oleh JKPTG yang mana mereka mengumpul data tanah rizab Melayu setiap tahun daripada pentadbir tanah negeri.

“Saya telah menunjukkan surat terakhir yang diterima daripada negeri Kedah bertarikh 30 November 2022 iaitu jumlah tanah rizab Melayu yang disebut ialah sama dengan jawapan saya di Parlimen,” kata Nik Nazmi dalam sidang media di sini hari ini.

Mengenai dakwaan ada pertambahan tanah rizab Melayu di Kedah pada tahun ini, Nik Nazmi berkata kerajaan Persekutuan masih belum memperoleh data tersebut.

“Dakwaan di peringkat negeri Kedah ialah ada penambahan (rizab tanah Melayu) selepas itu, iaitu pada tahun 2023.

“Jadi data itu tidak sampai kepada peringkat kerajaan Persekutuan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad