web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Setuju Nyahklasifikasi Laporan Nahas Udara Double Six - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju untuk menyahklasifikasi laporan akhir siasatan nahas udara Double Six di Sabah, 47 tahun selepas insiden tragis itu berlaku, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu mengambil kira pandangan yang dikongsi oleh kerajaan negeri, ahli keluarga dan rakyat Sabah yang menuntut ketelusan lebih besar dalam kemalangan udara yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.

“Oleh itu, kami (kabinet) telah memutuskan bahawa laporan akhir nahas udara itu dinyahklasifikasikan.

“Maklumat lanjut akan dihebahkan melalui kenyataan rasmi oleh kerajaan dan Kementerian Pengangkutan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, laporan itu perlu disediakan minggu depan, walaupun butiran tertentu akan dikeluarkan dalam beberapa hari akan datang.

Mengenai implikasi undang-undang penyahklasifikasian kepada kerajaan, Anwar berkata, Jabatan Peguam Negara telah memberi nasihat mengenai perkara itu kepada Kabinet.

“Bagaimanapun, kami rasa kami terhutang budi kepada rakyat, lebih-lebih lagi di Sabah. Saya tidak percaya penemuan seperti ini, yang merupakan fakta dan membimbangkan keluarga, negeri dan orang ramai, harus disimpan sebagai rahsia rasmi,” katanya.

Pengumuman Anwar hari ini dibuat tiga minggu selepas kerajaan Persekutuan memfailkan rayuan untuk membatalkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menyahklasifikasi laporan siasatan nahas membabitkan pesawat GAF N-22B Nomad Sabah Air.

Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Mohd Salleh, yang menggantikan Fuad sebagai ketua kerajaan negeri itu susulan nahas tragis berkenaan, memfailkan permohonan semakan untuk mendedahkan laporan sulit tersebut kepada umum.

Beberapa pemimpin utama Sabah ketika itu iaitu, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Chong Thien Vun antara yang terkorban dalam nahas udara pada 6 Jun 1976.

Mereka dalam penerbangan dari Labuan apabila pesawat itu terhempas di Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Laporan siasatan, yang mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan, telah diklasifikasikan di bawah OSA sejak itu.

Spekulasi menyelubungi nahas itu kerana ia berlaku ketika mereka berada di atas kapal terbang terbabit dalam perjalanan pulang selepas parti tersebut berjaya memenangi pilihan raya 1976 yang menggulingkan USNO. - The Vibes, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad