web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Senarai 30 Barangan Kawalan Sempena Aidilfitri Diumum 13 April - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 9:30AM

Salahuddin Ayub (tengah) membuat lawatan ketika Jelajah Bazar Ramadan Rahmah di Bazar Ramadan Dataran Esplanade Eco Grandeur Park Pucak Alam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan mengumumkan 30 barangan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena perayaan Aidilfitri pada 13 April ini.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata senarai barangan itu turut termasuk bahan utama dalam pembuatan kuih raya.

”Harga kawalan ini (pelaksanaan) akan bermula pada minggu depan (13 April), selama dua minggu iaitu tujuh hari sebelum raya dan tujuh hari selepas raya.

“Ini langkah kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menyambut Ramadan dan Aidilfitri dalam keadaan kita masih dapat mengawal harga yang kita tetapkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Rahmah Negeri Selangor di Dataran Esplanade Eco Grandeur Park, Puncak Alam, di sini semalam.

Beliau berkata walaupun harga barangan berkenaan masih belum diumumkan, pihaknya mendapati terdapat beberapa pasar raya besar telah menjual barangan keperluan asas dengan harga rahmah.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan turut memberi jaminan bahawa bekalan telur mencukupi sepanjang musim perayaan selain pihaknya akan terus melakukan pemantauan.

“Kita (KPDN) juga akan pantau dari hari ke hari. Bukan KPDN dengar begitu sahaja dan kita selesa sebaliknya pemantauan berterusan dilakukan. Selain itu, ayam juga tetap dijual mengikut harga siling, kita tidak akan naikkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Pantau 2024: KPDN Catat Nilai Rampasan Lebih RM400,000 Sepanjang 12 Hari

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad