web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dana Sama Rata: ‘Peruntukan Sudah Tersedia, Datang Berunding Dengan Kami’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 11:53AM

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sememangnya menyediakan dana sama rata untuk setiap kawasan, namun Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) masih belum tampil memohon peruntukan itu - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sememangnya menyediakan dana sama rata untuk setiap kawasan, namun Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) masih belum tampil memohon peruntukan itu.

Justeru, beliau sekali lagi mempelawa Ahli Parlimen pembangkang untuk datang berunding bagi mendapatkan peruntukan sama rata, malah ia akan diagihkan tertakluk kepada hasil rundingan dan persetujuan mengikut syarat tertentu ditetapkan kerajaan.

“Saya kata sebelum ini, kelulusan sudah diberikan. Kita cuma minta pembangkang berunding mengenai parameter dipersetujui. Apa masalahnya?” katanya pada Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pembangkang perlu menghantar wakil mereka bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi memulakan perbincangan.

“Jika anda masih tidak bersedia, ini akan tertangguh. Kita tak kenakan syarat ketat, tak. Tapi biar parameter kelulusan dibincangkan dulu.

“Pada asasnya, kami sudah bersetuju. Jika anda mahu wang, datang dan berbincang mengenainya. Jika tidak, anda boleh tunggu,” katanya.

Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) yang meminta dana daripada kerajaan untuk membolehkan Ahli Parlimen pembangkang membantu pengundi mereka.

“Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) akan pulang dengan gembira hari ini kerana diperuntukkan RM800,000. Saya minta Perdana Menteri jelaskan, kalau tak boleh beri banyak, sekurang-kurangnya sediakan sedikit untuk kita beli kurma untuk orang miskin,” kata Shahidan.

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kota Baru-PH) kemudian bertanya sama ada Perdana Menteri benar-benar maksudkan berhubung tawaran kelulusan dana sama rata untuk kawasan Ahli Parlimen pembangkang, menerusi perbincangan itu.

“Ini kali pertama saya mendengar perkara ini di Dewan Rakyat. Jika ini mekanismenya, insya-Allah kita akan usahakan,” katanya.

Dalam jawapannya, Anwar berkata ‘Saya pernah berkata ini sebelum ini, Ahli Parlimen lain juga mendengarnya dan saya ulangi di sini sekali lagi, berunding (dengan kami). Kami ada wakil kami, hantar wakil anda, tamat cerita’.

“Tidak ada isu. Anda (pembangkang) sibuk memarahi saya, menuduh saya tidak memberi (pembiayaan sama rata). Saya sudah umum sejak awal bahawa kelulusan sudah diberikan dan kita akan masukkan dalam peruntukan kita,” katanya.

Kenyataan Anwar hari ini adalah sama dengan apa yang beliau katakan pada 7 Mac di Dewan Rakyat, apabila mengajak pembangkang berunding dengan kerajaan untuk pembiayaan kawasan sama rata.

Beliau kemudian berkata, rundingan mengenai perkara itu dilaksanakan ketika PH di kerusi pembangkang semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini. – The Vibes, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek