web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lindungi Kebajikan Bakal Jemaah Haji, Lesen Emraz Travel Digantung - TH

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2023 3:13PM

Keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang disediakan syarikat tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai langkah awal melindungi kebajikan bakal jemaah haji.

Jurucakap TH berkata, keputusan itu diambil berikutan makluman beberapa aduan awam mengenai perkhidmatan umrah yang disediakan syarikat tersebut.

“Bakal haji yang memilih untuk mengerjakan haji melalui pakei swasta masih boleh memilih antara 22 lagi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuklah anak syarikat TH iaitu TH Travel & Services Sdn Bhd.

“TH sentiasa memantau prestasi syarikat PJH yang dilesenkan, termasuk perkhidmatan yang diberikan bagi ibadah umrah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tegasnya lagi, TH tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak demi menjamin kebajikan jemaah haji di negara ini.

Terdahulu kecoh di media sosial tentang dakwaan membabitkan agensi pelancongan terbabit, yang didakwa menipu jemaah umrah sehingga mereka melakukan tunjuk perasaan di ibu pejabat syarikat berkenaan.

Namun pada 2 Mac lalu, syarikat terbabit mendedahkan berdepan cabaran membawa jemaah umrah ke Tanah Suci gara-gara sukar mendapatkan tiket penerbangan dan juga tempat penginapan di Makkah dan Madinah.

Jurucakapnya berkata, situasi berkenaan disebabkan pemilik hotel di Tanah Suci enggan menunaikan janji meskipun pihak agensi pelancongan membuat bayaran penuh, kerana mendakwa mereka mendapat tawaran lebih baik.

"Lebih-lebih lagi ketika ini berlaku pertembungan cuti persekolahan di Arab Saudi yang bermula 2 hingga 11 Mac dan cuti sekolah di Malaysia, menyebabkan ramai yang mengambil peluang menunaikan ibadah umrah sehingga bilik yang ditempah lebih awal tidak diperoleh.

"Ini merupakan kali pertama keadaan seumpama ini berlaku. Terdapat juga situasi kami mempunyai tiket penerbangan tetapi ketiadaan tempat penginapan dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Bagaimanapun katanya lagi, syarikat itu sentiasa berpegang pada janji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua jemaah.

"Kami mengambil pelbagai alternatif antaranya menyediakan tiket penerbangan secara transit.

"Malah, ada juga jemaah dinaik taraf pakej umrah mereka kepada umrah ziarah melibatkan penerbangan transit di Dubai dan Riyadh sekali gus dapat melancong secara percuma di sana,” katanya.

Ujarnya lagi, syarikat terbabit turut menaik taraf hotel penginapan dan penerbangan ke kelas perniagaan tanpa mengenakan sebarang kos tambahan bagi keselesaan jemaah.

Untuk rekod, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd menerima watikah pelantikan sebagai PJH bagi musim haji 1444H pada 30 Januari lalu. – Getaran, 2 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar