web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kritikan Dibuat Oleh Katak Bawah Tempurung - Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 10:30PM

Anwar Ibrahim pada sidang media bersama para pengamal media dari Malaysia pada hari terakhir lawatan rasminya ke China hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Pihak yang mengkritik lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara baru-baru ini disifatkan sebagai katak di bawah tempurung.

Anwar berkata, kritikan dilemparkan itu bukan satu isu kerana mereka seharusnya berfikir lebih jauh.

“Kalau buka (tempurung), (mereka) nampak luas sikit, kalau tak buka, dia nampak tempurung sahaja,” katanya.

Itu adalah reaksi Perdana Menteri ketika ditanya sama ada pelaburan bernilai RM170 bilion oleh kerajaan China itu akan mendiamkan semua pengkritik.

Beliau baru-baru ini berdepan kritikan susulan lawatan ke Arab Saudi, yang disifatkan sebagai kegagalan kerana tidak berjaya menemui pemimpin de facto negara terbabit, Putera Mahkota  Mohammed Salman.

https://www.thevibes.com/articles/news/88854/stop-politicking-anwars-saudi-trip-pol-sec 

Selepas jamuan makan negara bersama Perdana Menteri Li Qiang, Anwar mengadakan sidang media bersama media Malaysia di Hotel China World di sini.

https://www.thevibes.com/articles/business/89316/beijing-pledges-rm170-bil-investments-in-malaysia-anwar 

Dalam ucapannya, Anwar berkata, pelaburan bernilai RM170 bilion yang dijanjikan China itu akan dikongsi bersama beberapa negeri lain, seperti Selangor, Sabah, Sarawak, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan Johor buat permulaan.

Sebagai tambahan, Anwar memberitahu, dua memorandum persefahaman (MoU) turut ditandatangani selepas mesyuarat bilateral bersama Perdana Menteri Li. 

https://www.thevibes.com/articles/news/89348/china-rolls-out-red-carpet-for-anwar-in-official-welcoming-ceremony 

MoU pertama melibatkan kerjasama antara MARDI dan Akademi Sains Pertanian Tropika China manakala MoU kedua ditandatangani oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Dewan Perdagangan Import Eksport Makanan, Produk Tempatan dan Produk Hasil Haiwan China. 

Anwar Ibrahim (belakang, dua kiri) dan rakan sejawatnya Li Qiang (belakang, dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Protocol of Phytosanitary Requirement for the Exportation of Jackfruit to China di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dari Malaysia (MAFS) diwakili Zambry Abdul Kadir (kiri) dan Minister of the General Administration of Customs of China Yu Jianhua (kanan) di Great Hall of the People hari ini. - Gambar Bernama
Anwar Ibrahim (belakang, dua kiri) dan rakan sejawatnya Li Qiang (belakang, dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Protocol of Phytosanitary Requirement for the Exportation of Jackfruit to China di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dari Malaysia (MAFS) diwakili Zambry Abdul Kadir (kiri) dan Minister of the General Administration of Customs of China Yu Jianhua (kanan) di Great Hall of the People hari ini. - Gambar Bernama

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Malaysia dan China bersetuju untuk meluaskan kerjasama di bawah inisiatif ‘Belt and Road’, seperti Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Hab Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) yang memfokus kepada kereta generasi baharu, termasuk kenderaan elektrik.

Ia dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.

“Kami juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam pendidikan TVET dan penyelidikan bersama Universiti Tsinghua, komoditi dan industri berasaskan minyak sawit, getah serta biodiesel, penyelidikan dan pembangunan vaksin, pelancongan dan menambah kekerapan penerbangan antara kedua negara.

“Saya telah berbincang dengan presiden Tsinghua supaya beberapa program latihan dapat dilaksanakan segera di Malaysia, sebelum rundingan dan perancangan lanjut mengenai pembukaan kampus di Kuala Lumpur,” kata Anwar.

Beliau menambah, China bersedia menggaji rakyat tempatan untuk projek mereka di Malaysia, selain membekalkan latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja Malaysia.

Anwar berkata, Malaysia telah mengundang Presiden Xi Jinping dan Li untuk melawat tahun depan, sempena ulang tahun hubungan diplomatik kedua negara yang ke-50.

Kedua-dua negara juga menyambut ulang tahun Kerjasama Komprehensif Strategik yang ke-10 tahun ini.

Anwar berlepas pulang ke tanah air pada jam 9 malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dengan menggunakan pesawat khas.

 China ialah negara kelapan dilawati Anwar sejak beliau menyandang portfolio Perdana Menteri sekitar empat bulan lalu.

Untuk lawatan kali ini, beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing. – The Vibes, 1 April 2023

Anwar Ibrahim (belakang, dua kiri) dan rakan sejawatnya Li Qiang (belakang, dua, kanan) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Protocol of Phytosanitary Requirement for the Exportation of Jackfruit to China di antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dari Malaysia (MAFS) diwakili Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) dan Minister of the General Administration of Customs of China Yu Jianhua (kanan) di Great Hall of the People hari ini.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad