Berita Terkini

3 jam yang lalu: Malaysia destinasi mesra Muslim terbaik OIC 3 jam yang lalu: Bali keluar panduan etika untuk pelancong 3 jam yang lalu: Bursa Malaysia akan ditutup pada 5 Jun sempena cuti umum Hari Keputeraan Agong 3 jam yang lalu: Dua remaja ditemukan lemas di Sungai Pahang 3 jam yang lalu: Zambry mulakan lawatan kerja ke Perancis dengan bertemu rakan sejawatan Catherine Colonna

IKUTI KAMI


Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 9:54AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberikan tiga sebab mengapa kerajaan tidak harus menghentikan insentif pelepasan cukai kepada pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Taksiran 2023, termasuk ia akan memberi ‘kerugian besar’ kepada golongan itu dan negara.

Beliau berkata, sebab pertama adalah keputusan itu akan menyaksikan golongan pertengahan (M40) bakal kehilangan 8,000 setahun dari segi pelepasan cukai untuk melabur dalam pendidikan anak mereka.

Katanya, pelaburan perlu dimulakan pada umur muda, justeru keputusan dibuat kerajaan itu akan menyukarkan ibu bapa melabur.

“Bayangkan ini RM8,000 setahun, (bagaimana) bagi ibu bapa yang ingin melabur untuk 10 tahun, ia membabitkan RM 80,000, ia bukan jumlah yang kecil,” katanya menerusi rakaman video dimuat naik di Facebook.

Syed Saddiq berkata, sebab kedua adalah Tabung SSPN diperkenalkan untuk masa depan pendidikan anak.

“Pada tahun 2021, lebih 45,000 orang muda tercicir, (malah) kajian menunjukkan dua daripada tiga anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak ingin melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Kalau tidak ada tabung pendidikan daripada umur muda, bagaimana anak muda ingin melanjutkan pengajian ke IPT, IPT Swasta,” katanya.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sebab ketiga adalah isu terbabit dekat di hatinya kerana ketika duduk di kerusi pembangkang pada tahun lalu, beliau memulakan tabung pendidikan bagi keluarga B40.

“Saya membelanjakan lebih RM320,000 untuk memulakan (usaha supaya) anak B40 mendapat RM500 (sebagai wang) permulaan Tabung SSPN agar ibu bapa akan melabur.

“Apabila mereka sudah berumur 18 tahun, mereka sudah ada jumlah yang besar untuk menghantar anak mereka masuk ke universiti,” katanya.

Justeru, Syed Saddiq yang juga Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) merayu keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula keputusan memberhentikan insentif pelepasan cukai berkenaan.

“Negara yang melabur untuk pendidikan anak-anak akan muncul sebagai sebuah negara berjaya,’ katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim dilaporkan berkata bahawa melalui Taksiran 2023, pencarum SSPN tidak layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Ujarnya, keputusan itu dibuat atas pelbagai sebab, termasuk tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu yang turut merangkumi pengurangan sebanyak dua peratus ke atas cukai pendapatan individu.

Sementara itu, Syed Saddiq menerusi kenyataannya sebelum ini menegaskan, SSPN adalah simpanan untuk masa depan generasi negara.

“Seperti kita sedia maklum, kos untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tidak murah dan bukan semua orang berkemampuan.

“Skim SSPN ini merupakan satu inisiatif untuk memastikan rakyat kita kebanyakannya mampu melanjutkan pelajaran,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PTPTN Umum 3.05 Peratus Dividen SSPN 2022

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

Sukan 15 jam yang lalu

Terbuka Thailand: Tze Yong, Jun Hao Layak Ke Pusingan Kedua

Semasa 1 hari yang lalu

Tanggungjawab Generasi Kita Laksana MA63 - Anwar

Semasa 6 jam yang lalu

Pulau Pinang Milik Kedah: Ini Bukan Kali Pertama, Sanusi Perlu Disiasat

oleh Ian McIntyre