web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 8:51PM

Wan Saiful Wan Jan berkata, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan SSPN adalah insentif yang diusahakan semasa beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menggalakkan rakyat menabung - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memansuhkan pelepasan cukai bagi pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disifatkan satu tindakan yang akan memusnahkan galakan menabung dalam kalangan masyarakat.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah tersebut juga akan meningkatkan kebergantungan rakyat untuk berhutang bagi membiayai pendidikan anak-anak mereka.

Menurut beliau, pemansuhan itu juga menyebabkan anak muda akan terus bergantung kepada hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Tindakan ini menyerlahkan sikap anti rakyat Pakatan Harapan (PH)-UMNO dan membuktikan wujud dendam terhadap anak muda yang majoritinya memilih Perikatan Nasional (PN).

“Penabungan awal adalah jawapan jangka panjang yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak mahu memberikan pendidikan tinggi percuma.

“Akibat tindakan PH-UMNO ini, anak muda akan terus bergantung kepada hutang PTPTN. Kenapa anak muda dilayan sebegini,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Lim berkata, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, mulai tahun ini.

Jelas beliau, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi yang memaklumkan perkara tersebut selaras keputusan kerajaan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN susulan pelbagai alasan.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan SSPN adalah insentif yang diusahakan semasa beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menggalakkan rakyat menabung. 

“Saya mahu penyelesaian jangka panjang agar anak bangsa kita tidak terbeban dengan hutang selepas graduasi. Saya dan pegawai kanan PTPTN naik turun Pejabat Menteri Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri berkali-kali pada 2018 dan 2019. 

“Kami merayu kenaikan pelepasan cukai bagi simpanan SSPN dari RM6,000 ke RM8,000 sebagai penggalak penabungan lebih besar. Saya berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan bermula Belanjawan 2019,” katanya.

Hasilnya, jelas beliau, jumlah deposit meningkat sejak beliau dilantik Pengerusi PTPTN, di mana agensi itu pada 2018 berjaya merekodkan RM1.14 bilion berbanding RM726.84 juta pada 2017.

“Pada 2019, kita berjaya mencatatkan peningkatan RM1.37 billion, RM1.99 bilion (2020) dan RM3.01 bilion pada tahun 2021. 

“Jelas sekali apabila saya dan pegawai PTPTN berjaya mendapatkan kenaikan pelepasan cukai menjadi RM8,000, ia menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan signifikan deposit SSPN.

“Namun, langkah yang mesra rakyat inilah yang mahu dihapuskan oleh PH-UMNO,” katanya.

Sementara itu, mantan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata, kerajaan pasti akan memberi pelbagai alasan mengapa mereka bertindak menghapuskan pelepasan cukai untuk SSPN.

Wan Saiful berkata, PH dan UMNO mungkin akan memaklumkan bahawa pelepasan cukai memberi manfaat kepada mereka orang yang mampu menabung sahaja. 

“Sebenarnya memanglah dalam menggalakkan penabungan, kita menyasarkan golongan yang mampu menabung.

“Ini kerana kita tidak mahu rakyat terus berhutang, sedangkan mereka mampu menabung demi pendidikan anak bangsa. 

“Maka insentif itu adalah alat yang berkesan dan kumpulan sasarnya juga adalah tepat,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

SPM 2025: GPN Bertambah Baik, Jumlah Calon Cemerlang Meningkat

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Pemerintah Yang Sah - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Bergerak Solo Di PRN Johor, Petanda Kuat Atau Menempah Bala? 

oleh Wartawan Getaran