Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cabutan Wow! Simpan SSPN 2024 Tawar Hadiah Lebih RM1.3 Juta

Pendidikan Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:01PM

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Norliza Abdul Rahim (kiri) bersama Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid bergambar bersama hadiah utama pada Majlis Pelancaran Cabutan Wow! Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2024 hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) berpeluang memenangi hadiah yang lebih lumayan bernilai lebih RM1.3 juta menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 sebagai usaha membudayakan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen yang bermula dari 1 Januari dan berakhir 31 Disember tahun ini membawa kelainan dari tahun sebelumnya dengan menampilkan tiga kategori iaitu Silver, Gold dan Platinum bagi cabutan tahunan.

"Tahun ini juga buat julung kalinya, Cabutan Siri WOW! Kasih diperkenalkan bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan antaranya sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 di sini hari ini.

Cabutan siri berkenaan meliputi WOW! Gong Xi Ang Pow dengan tempoh kempen bemula 1 Januari hingga 29 Februari, WOW! Syoknya Raya (1 Mac hingga 30 April), WOW! Kasih (1 Mei hingga 30 Jun), WOW! Merdeka (1 Julai hingga 31 Ogos) dan WOW! Superheroes (1 September hingga 31 Oktober).

Untuk menyertai kempen berkenaan pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

Norliza berkata, kempen kali ini turut memberi kelebihan kepada pengguna aplikasi myPTPTN yang akan mendapat bilangan cabutan berganda.

"Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat 10 cabutan," katanya.

Antara hadiah yang ditawarkan bagi pemenang adalah Proton S70 Flagship X, Proton X50 Flagship, Proton X90 Flagship, skuter Yamaha NVX 155cc dan Yamaha XMAX 250cc dan motosikal berkuasa tinggi Yamaha MT09.

Majlis itu pada hari ini turut menyaksikan amalan menabung membawa rezeki kepada tiga pendeposit Simpan SSPN apabila berjaya muncul sebagai pemenang menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Muncul sebagai pemenang utama membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000, Mohd Azamuddin Ariffin, 41, berkata, keputusan untuk membuka akaun pada 2017 lalu adalah pilihan yang tepat kerana, selain menabung untuk masa depan tiga orang anaknya, simpanan patuh syariah itu juga memberikan pelepasan taksiran cukai dan dividen yang sudah pasti sedikit sebanyak mampu membantu ekonominya keluarganya.

"Saya rasa untuk situasi sekarang ini tak susah pun untuk menyimpan sebab sekarang ada pelbagai kaedah yang kita boleh gunakan, contohnya melalui platform dalam talian, laman sesawang, aplikasi selain daripada kaunter. Saya sarankan ibu bapa mengambil peluang ini untuk menyimpan melalui kaedah yang dianjurkan PTPTN.

"... contohnya macam Simpan SSPN ini sebab banyak manfaat yang kita boleh peroleh di samping cabutan tahunan dan kempen- kempen yang dianjurkan oleh PTPTN sendiri," kata Pegawai Latihan Vokasional, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu.

Bagai bulan jatuh ke riba, pemenang tempat kedua, Mashalina Halim, 33, berkata, memahami fungsi Simpan SSPN, kewajipan beliau untuk membuka akaun berkenaan bagi menjamin masa depan akademik anak-anaknya seolah-olah memberikannya ganjaran apabila memenangi wang tunai sebanyak RM50,000.

"Masa mula-mula saya dapat panggilan itu saya macam biar betul sebab saya tiada hutang PTPTN, jadi bila dia cakap saya pemenang tempat kedua itu saya bersyukur dan saya percaya ini adalah rezeki anak saya cuma menumpang sahaja," katanya.

Sehingga 31 Disember 2023, deposit Simpan SSPN yang diterima berjumlah RM17.39 bilion membabitkan 6.25 juta akaun.

Untuk maklumat lanjut mengenai PTPTN boleh diakses di pautan www.ptptn.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PTPTN Umum 3.05 Peratus Dividen SSPN 2022

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Henti Pelepasan Cukai Pencarum SSPN Kurang Tepat, ‘Saya Beri 3 Sebab’ - Syed Saddiq

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekerapan Cabutan Khas Nombor Ramalan Tindakan Mundur - Anwar Ibrahim

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi 

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Politik 1 hari yang lalu

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

Semasa 53 minit yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran