web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


31,092 Beli Kad Sim RM5 Sebulan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 31,092 kad sim berharga RM5 sebulan yang ditawarkan melalui Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih terjual sejak ia dilancarkan pada 28 Februari lalu.

Angka terbabit didedahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebooknya, lewat malam tadi.

“Genap sebulan pelancaran Pakej Perpaduan, seramai 31,092 rakyat sudah membeli kad sim RM5 sebulan.

“Semoga inisiatif ini mampu membantu mengurangkan beban golongan rentan untuk dapatkan akses internet dengan harga yang murah,” katanya.

Pakej berkenaan dilancarkan pada harga RM5 sebulan, lebih rendah dari pasaran pada 28 Februari lalu.

Fahmi berkata, pakej terbabit adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan B40 termasuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), orang kurang upaya (OKU) serta warga emas.

“Usaha berkenaan adalah untuk meringankan beban rakyat dan pada masa yang sama memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan telekomunikasi termasuk internet yang berkualiti dengan harga mampu milik.

“Kerjasama erat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pihak industri yang sentiasa memberikan sokongan padu akan dapat memastikan pelaksanaan pakej berkenaan berjalan lancar dan sampai ke golongan sasaran,” katanya.

Pakej itu ditawarkan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia serta YTL Communications, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenainya di laman web penyedia perkhidmatan masing-masing. - Getaran, 29 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 51 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 56 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad