web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Samun: Konstabel Polis Antara 4 Yang Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 7:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang konstabel polis antara empat lelaki yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes samun membabitkan seorang lelaki warga Nepal di sekitar daerah Iskandar Puteri di sini, pada 12.10 tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata tiga lagi yang ditahan terdiri daripada pekerja buruh binaan, pemandu bas serta pemandu lori tunda, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 35 tahun itu kini direman sehingga 9 Mei.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis daerah Iskandar Puteri membuat tangkapan ke atas empat individu terbabit di kawasan Gelang Patah dan Mutiara Rini, semalam, dan siasatan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Dalam satu kenyataan malam ini katanya polis telah membuat rampasan di beberapa lokasi termasuk Mutiara Rini, Gelang Patah, tapak Indah Water Kota Iskandar serta kawasan flat Taman Ungku Tun Aminah; dan antara yang dirampas ialah lima telefon bimbit pelbagai jenama, satu kad kuasa polis, sepasang gari tangan, sebuah kereta jenis Toyota Vios, dan sebuah kereta Honda City.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Polis Iskandar Puteri percaya dengan tertangkapnya sindiket ini, beberapa kes samun berkumpulan berlaku sepanjang bulan ini berjaya diselesaikan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.- Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 52 minit yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar