web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Semula Semua Monopoli Untuk Sediakan Perkhidmatan Lebih Baik Kepada Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2023 7:08AM

Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus membantu syarikat-syarikat Bumiputera, bagaimanapun ia mesti dilakukan secara telus untuk membenarkan persaingan yang adil antara syarikat-syarikat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEDDAH - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa  ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.  

Anwar berkata semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaannya supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan. 

“Prinsip pembangunan ekonomi yang telus memerlukan kami untuk membuat beberapa pelarasan dan peralihan daripada yang apa saya fikirkan sebagai kehuru-haraan, lapuk dan untuk menangani kepentingan tertentu dalam konteks monopoli,” kata Perdana Menteri dalam sidang media di akhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Arab Saudi di sini semalam. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menguraikan lebih banyak monopoli berikutan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).   

Anwar berkata kerajaan akan terus membantu syarikat-syarikat Bumiputera, bagaimanapun ia mesti dilakukan secara telus untuk membenarkan persaingan yang adil antara syarikat-syarikat.

“Jika kita mengambil berat untuk mempertahankan kepentingan Bumiputera maka laksanakannya dengan jelas, dengan telus dan biarkan Bumiputera yang berkenaan bersaing.

“Kerajaan ini tidak semestinya akan memungkiri komitmen kami untuk membantu syarikat-syarikat Bumiputera tetapi ia harus dilaksanakan dengan telus dan membenarkan persaingan adil dalam kalangan syarikat-syarikat Bumiputera,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kabinet membuat keputusan membenarkan semua pihak yang layak untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selepas konsesi Puspakom berakhir pada 31 Ogos, 2024.

Loke berkata keputusan itu dibuat pada 17 Mac untuk mempromosikan sebuah industri perkhidmatan yang berdaya saing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad