web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pindaan AUKU: Kebebasan Pelajar Dan Pensyarah Berpolitik Perlu Ada Batas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 10:40AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebebasan berpolitik yang diberikan kepada pelajar dan pensyarah melalui pindaan beberapa peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 kelak perlu ada batasannya.

Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata batas tersebut penting agar pensyarah dan pelajar tidak meninggalkan tugas hakiki untuk mengajar dan belajar ketika menyertai aktiviti politik di luar kampus.

“Saya percaya walaupun diberi kebenaran tersebut, tetapi mesti ada peraturan yang membataskannya supaya tidak berlaku salah guna kuasa berkaitan perkara tersebut. Selagi pindaan akta itu tidak menjejaskan tugas hakiki pelajar untuk menjadi seorang pelajar dan menimba ilmu, saya tidak nampak kesalahan untuk kita pinda akta tersebut,” katanya kepada Bernama.

Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, walaupun kerajaan memaklumkan bahawa AUKU 1971 tidak akan dimansuh namun beberapa peruntukan dalam akta itu yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah akan dihapuskan.

Beliau berkata bagaimanapun, setiap kebebasan yang diberikan oleh kerajaan di negara ini perlu ada batasnya dan tidak diberikan secara mutlak untuk mengelakkan perkara tidak diingini terjadi.

“Kalau pelajar mahu menjadi calon, mesti ada syarat-syarat, bukan pelajar yang gagal dalam semester pun boleh menjadi calon… begitu juga dengan para pensyarah, mesti bersih dari tatatertib dan ada perkhidmatan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Profesor Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pensyarah wajar diberi peluang melibatkan diri secara langsung dalam bidang politik.

Mohd Azizuddin Mohd Sani
Mohd Azizuddin Mohd Sani

Ini katanya bagi membolehkan golongan intelektual yang banyak membuat penyelidikan serta memiliki pengetahuan luas tentang pentadbiran negara menyuarakan pendapat mereka.

“Sekiranya pensyarah mahu dibenarkan terlibat dengan politik seperti masuk parti politik dan memegang jawatan dalam parti, saya setuju. Tetapi kena ada peraturan khusus supaya mereka tidak meninggalkan pekerjaan hakiki, kalau terlibat politik,” katanya.

Berkenaan pelajar yang diberikan kebebasan menyertai politik di luar kampus, Azizuddin berkata kebebasan itu tidak sepatutnya mengganggu gugat ketenteraman kampus sekali gus tidak menjejaskan suasana pembelajaran dan pendidikan di universiti.

Setiausaha Agung (SUA) Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) Rasydan Mohd Hassan berkata kebebasan mahasiswa dalam menguruskan aktiviti dan kegiatan politik adalah wajar kerana ia selari dengan agenda Undi 18 di peringkat kebangsaan.

“Saya merasakan pindaan ini sangat relevan, selari dengan agenda pemerkasaan mahasiswa yang mahu diangkat kerana ada beberapa perkara di dalam AUKU, Akta Universiti Teknologi Mara (UiTM) (Akta 173/174); Akta  Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1966  (AKTA 555) yang menghalang agenda pemerkasaan mahasiswa seperti pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Melalui pemerkasaan yang diberi ini, akan menyebabkan mahasiswa kita lebih mampan dan fleksibel selari dengan keperluan global,” katanya.

Pada 16 Mac lepas, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berpendirian bahawa  pendekatan meminda AUKU 1971 merupakan langkah yang lebih tepat berbanding memansuhkan terus akta itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

3

Politik 2 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad